SEMAKIN banyak kisah pengabaian atau penganiayaan seorang suami terhadap isteri dan anak-anak didedahkan di media sosial.
Terbaharu, seorang ustaz, Abu Hamizan, berkongsi kisah pertemuan dengan seorang wanita bersama dua anak kecilnya yang meminta kebenaran untuk tumpang tidur di masjid pada Selasa malam.
Dalam posting yang dikongsi pada Rabu, Abu Hamizan berkata ketika itu dia baru selesai menunaikan solat dan sesi tadarus di masjid tersebut, dipercayai terletak di Terengganu.
Menurut Abu Hamizan wanita itu meminta keizinan daripadanya untuk tumpang tidur satu malam di masjid berkenaan.
“Masa tu jam dah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja.
Abu Hamizan simpati dengan nasib wanita yang ditemuinya.
“Untuk kepastian, saya bertanya akak ni dari mana? Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?” kata ustaz tersebut dalam hantaran di Facebook.
Bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh wanita itu membuatkan dia terdiam seketika.
“Kata ibu ini dia baru dihalau dari rumah sewanya, suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.
“Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di Selangor. Kemudian saya bertanya, kalau esok dah siang akak nak tuju ke mana? Ada duit tak untuk beli makanan kepada anak-anak ni?
“Tak ada duit ustaz jawabnya dalam keadaan malu. Allahuakbar, Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata,” ujarnya.
Mengenangkan nasib wanita itu yang tidak didedahkan identitinya, terus terdetik rasa bersalah dalam hatinya jika dia tidak dibantu sewajarnya.
Selepas mendapatkan kepastian daripada apa diceritakan, Abu memberikan sedikit bantuan berbentuk wang ringgit.
“Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui akan hal itu, Adakah saya akan berdosa? Sebagai seorang muslim bukan ke kita dituntut supaya mengasihi muslim yang lain.
“Sebelum saya beredar untuk pulang, saya cuba bantu sekadar yang termampu. Dia minta izin gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.
“Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur, yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan,” ujarnya.
Dia minta izin gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.
ABU HAMIZAN
Dalam hantaran tersebut, Abu Hamizan meminta agar orang ramai menitipkan doa kepada ibu dua anak yang hidupnya diuji itu.
Malah, dia turut memberikan pesanan kepada golongan suami supaya tidak mengambil ringan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah.
“Doa saya semoga Allah bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang di hadapi saat ini.
“Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingatlah! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada,” katanya lagi.
Perkongsian kisahnya ini ternyata menyentuh hati netizen dan rata-rata mahu menghulurkan bantuan kepadanya.
Antara komen dikongsikan di Facebook Abu.
Namun, Abu Hamizan berkata dia tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai wanita itu.
Malah dia juga tidak dapat menghubungi wanita tersebut yang menggunakan telefon bimbit sudah rosak.
“Terima kasih kepada yang sudi hulur bantuan, ada yang mesej pelawa untuk tumpangkan akak ini di rumah inapya, ada yang minta no akaun bank untuk bantu ringankan beban akak ni.
“Saya minta maaf kerana dari tengah hari tadi saya tidak lihat langsung akak ini dan anak-anaknya di sekitar masjid.
“Saya ada juga minta nombor telefonnya tapi telefonnya rosak. jadi saya tak tahu di mana keberadaan akak ni dan anak-anaknya,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply