Pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya.
Fathia bengang
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Fathia atau nama penuhnya Nur Fatiya Abdul Latiff menyelar tindakan segelintir warganet yang disifatkan melampaui batas.
Menurut Fathia sikap mereka itu didakwa telah memberi kesan yang buruk terhadap dirinya.
Satu benda yang aku nak cakap dekat korang, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang.
Apa yang korang buat dekat aku ni..aku minum arak ke, pakai seluar pendek ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang. Aku tak berdosa, korang yang masuk neraka sebab korang push aku.
Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak ada guna sebab korang buat seorang saudara korang jadi macam ni, buat orang marah dan sakitkan hati.
Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia maafkan. Salam Ramadan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres berusia 36 tahun itu selain berharap Fathia diberi pertolongan dan bimbingan.
Mengucap ingat Allah, fikirkan Allah sahaja tak payah fikir orang lain. Biarlah apa orang nak kata.
Kesian dia, insya-Allah mudah-mudahan dia jumpa seseorang yang boleh membimbing dia.
MasyAllah Fathia, harap carilah ustazah yang boleh membimbing Fathia, mudah-mudahan Allah jaga hati dan lidah.
Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi apabila melabel wajah Zahirah Macwilson seperti pembantu rumah kemudian mendakwa Aiman Hakim Ridza masih menyimpan perasaan terhadapnya selepas mereka berpisah dahulu.
Bagaimanapun, Zahirah dan Aiman memilih untuk tidak memberi sebarang respon terhadap provokasi atau kenyataan yang dikeluarkan Fathia.
VIDEO
@fatiyalatiff_1992
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply