“Kalau Tak Ada Peluang, Tak Ada Penyond0lan Itu” – Sarimah Ibrahim Tak Setuju Hanya Pihak Ketiga Disal4hkan

Pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio memberikan pandangannya berkenaan rumah tangga diganggu oleh pihak ketiga.

Kalau takde peluang, tak ada penyondolan

Video temu bual Sarimah bersama radio Kool FM telah dimuat naik di akaun TikTok stesen radio tersebut dan pendapat pengacara tersebut dipersetujui ramai.

Ujar Sarimah, masyarakat tidak seharusnya melabel hanya satu pihak sebagai penyondol (orang ketiga) sedangkan individu yang sudah berumah tangga turut memberi peluang dan ruang.

Kita label penyondol tapi is it really penyondol? Kalau tak ada peluang, tak ada penyondolan itu.

Tambah Sarimah menjadi lumrah masyarakat termasuklah dirinya untuk cepat menghukum dan menyalahkan satu pihak serta turut membuat andaian sendiri.

Kalau dah mula ada perasaan, jauhkan diri

Pengacara berusia 46 tahun itu turut berkata individu berstatus bujang atau sudah mendirikan rumah tangga perlu tahu dan sedar tentang batas pergaulan.

At the end of the day, kalau orang belum kahwin jangan mendekati orang yang kahwin. Habis cerita. Dan yang dah kahwin tu jangan kau sibuk nak buat hal. Masing masing dah besar, kena tahulah batas.

Dalam pada itu, Sarimah juga turut memberi pesanan atau nasihat ringkas buat mereka yang sudah berkahwin agar tidak terlibat dengan perkara sebegini.

Kalau dah rasa ada attraction tu, get away. Anda mesti tahu (perasaan itu). Tak payah orang nak cerita sebab kita dah boleh rasa benda tu, get out fast. Jangan tunggu, jangan bagi ruang. Itu sahaja.

VIDEO

@kool101my

“Kalau dah rasa ada attraction tu, get away…jangan tunggu, jangan bagi ruang…” Setuju dengan Che Puan @Sarimah Ibrahim !! Jangan bagi ruang, jangan bagi peluang. Sebab kalau tak ada peluang, takkan ada nya isu curang. Catch Up Close Up Pagi On Point bersama Che Puan Sarimah Ibrahim di aplikasi AUDIO+ atau klik je link di bio okay 🙌🏻 #Kool101 #CloseUpPagiOnPoint #PagiOnPoint #lelakiitu #chepuansarimahibrahim

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*