“Penuh Emosi, Dr Halina Dah Menangis..” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Momen Hantar Anak Sulung Masuk Kolej Genius Permata Pintar

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor semalam ada berkongsi momen-momen istimewa ketika menghantar anak sulungnya, Sophea Isabella ke asrama bagi sesi persekolahan di Kolej Genius Permata Pintar Negara (KPPN).

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkongsi saat-saat indah dan juga sebak itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Sophea Isabella mendaftar di KPPN

Sebelum itu, Sophea Isabella dirakam berpelukan bersama enam adik beradiknya yang lain sebelum menunjukkan suasana di sekitar kawasan asrama tersebut.

Berat hati melepaskan Bella

Tulis Dr. Sheikh Muszaphar, dia sebagai bapa turut berasa berat hati melepaskan anak sulungnya kerana ia adalah kali pertama mereka berjauhan namun harus dilakukan demi masa depan anaknya.

Dr Halina dah menangis, sukar untuk kami lepaskan tapi kami perlu kuat. Semoga Allah melindungi Bella sepanjang perjalanan dia, semoga dia tenang. Demi ilmu pengorbanan harus dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengucapkan tahniah dan turut merasa sebak apabila melihat video perpisahan itu.

Rasa macam anak sendiri. Dah besar dah Bella.

Ikut cerita Bella sejak dari kecil, cepat je dah tengok dia membesar dan dah nak tinggalkan parents untuk belajar.

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar ada berkongsi mengenai tawaran yang diterima anaknya, Bella ke tiga institusi pendidikan terkenal iaitu Koleh Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Koleh Genius Permata Pintar Negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*