Sekarang ini kita dapat lihat banyak jenama-jenama baju sedang ‘berebut-rebut’ mempromosikan koleksi baju raya untuk tahun 2024 dan salah satu caranya adalah dengan mengambil barisan artis tempatan yang diminati ramai.
Tiga aktor ‘legend’ bergabung
View this post on Instagram
Terbaru melalui platform TikTok, jenama bernama HijabistaHub memuat naik video koleksi baju raya yang dipakai oleh tiga orang barisan aktor popular iaitu Adi Putra, Bront Palarae dan juga Aaron Aziz.
Gabungan tiga aktor hebat sememangnya telah membuat para peminat tidak keruan, lagi-lagi apabila melihat mereka segak memakai baju Melayu.
Peminat ‘resah’, kalah semua brand lain!
@hijabistahub.official Meremang dengar suara Dato Adi 🥹 #RayaBersamaHH #SoultanBajuMelayu
♬ original sound – HijabistaHub Official – HijabistaHub Official
Rata-rata peminat yang melihat video tersebut terkejut kerana melihat gabungan tiga aktor itu di dalam satu jenama yang sama.
Ramai juga yang merasakan jenama baju tersebut pandai memilih duta dan yakin pada tahun ini, jenama HijabistaHub pasti akan ‘diserbu’ ramai dek tiga aktor Malaya yang disukai ramai itu memakai baju jenama mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifunaara
Leave a Reply