Seorang YouTuber terkenal, Isa Isarb kembali mencetus kontroversi setelah memuat naik sebuah video di laman TikTok mendakwa dirinya ‘powerful‘ kerana berjaya membuatkan isterinya hamil selepas tujuh hari berkahwin.
“Powerfulnya Isa ini! Alhamdulillah. Hadiah wife untuk saya,” katanya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, pengumuman kehamilan isteri Isa itu nampaknya tidak terlepas daripada menerima kecaman netizen.
@isaisarbofficial Jackpot dalam 7 hari, Allah sayang kami !
Dalam ruangan komen, orang ramai mengucapkan tahniah kepada Isa setelah isterinya ‘bunting pelamin’.
Namun, tidak kurang juga, masih ada yang kurang selesa dan sangsi dengan pengumuman yang dilakukan oleh YouTuber tersebut.
View this post on Instagram
“Awal lagi ni bang untuk expose, takut baby tak kuat lagi. Tunggulah sekurang-kurangnya 3 bulan ke atas,” kata Mukhlis.
“Usia kandungan 4 bulan ke atas baru boleh tayang. Itu yang seeloknya, takut benda yang tidak sepatutnya pula terjadi. Tetapi, kita doakan yang baik-baik. Moga dipermudahkan!,” kata Ainul.
“Ini bunting pelamin ni, tahniah Isa,” kata ramai lagi pengguna TikTok lain.
Buat yang tidak mengetahui, bunting pelamin bermaksud wanita yang hamil betul-betul selepas atau sejurus berkahwin atau bersanding.
Sebagai contoh, pasangan pengantin bernikah pada 4 April. 4 minggu kemudian, iaitu pada 1 Mei pengantin perempuan disahkan berbadan dua.
Isa Isarb selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan, Lisa Nosra pada 10 Mac lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Isa atau nama sebenarnya Isa bin Batharul Zaman menerusi video yang dimuat naik di platform media sosialnya. Isa memberikan mas kahwin berjumlah RM300.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan kepada Isa Isarb sekeluarga!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Lobak Merah
Leave a Reply