“Bukan Saja Ros4k Reputasi, Tapi Juga Keluarga” – Selepas Ruhainies, Aliff Aziz Pula Keluarkan Kenyataan Ditangkap Kh4lwat

Semalam, pelakon Ruhainies ada memuat naik satu hantaran di Instagram perjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada malam dirinya dan aktor, Aliff Aziz ditangkap khalwat.

Aliff Aziz turut keluarkan kenyataan

Tidak lama kemudian, Aliff turut mengeluarkan kenyataan daripada pihaknya mengenai isu ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di kondominium milik Ruhainies.

Kata Aliff, dia diajak untuk makan malam bersama keluarga Ruhainies dan sesudah sampai di kondo terbabit, dia membantu aktres itu membawa barangan ‘shooting’ sementara menunggu kakaknya, Risteena.

Sedar tindakan naik ke kondo salah

Aliff turut mengakui sepatutnya dia hanya tunggu di ruangan lobi pada malam terbabit tetapi dirinya tidak sangka situasi akan jadi seteruk ini.

Cara yang betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.

Anggap sebagai ujian

Diakhir perkongsiaan, Aliff memohon maaf atas kekhilafan dirinya dan sedar atas kesilapan yang berlaku, reputasinya serta keluarga telah rosak.

Malah bertegas bahawa tiada apa-apa pun yang berlaku diantaranya dan Ruhainies pada malam tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*