Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menegaskan pihak mereka tidak akan mengambil rengan tentang isu tangkapan khalwat antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies. Kata mereka, siasatan masih giat dijalankan dan bukan sengaja melengah-lengahkan kes tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak.
Sedang dalam siasatan
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im, pihak mereka masih dalam proses melengkapan kertas siasatan berkenaan kejadian tersebut dan perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operari Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan Jawi.
Setakat ini, Jawi dalam proses melengkapkan kertas siasan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.
View this post on Instagram
Tidak melambatkan proses
Kenyataan yang dikeluarkan itu susalan timbulnya dakwaan berkata Jawi ini seolah-olah melambatkan proses siasatan dan ada juga menyatakan rasa risau jika kes terbabit ‘ditutup’ oleh kerana pasangan itu adalah selebriti.
Namun, sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini, Jawi menegaskan sekali lagi hal ini tidak akan dipandang remeh oleh kerana mereka artis. Tambah Mohd Na’im, perbuatan maksiat tetap dikira maksiat dan tidak boleh dianggap sebaliknya.
Terdahulu, Jawi telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjawab dakwaan sesetangah pihak yang menyangka kejadian tangkap khalwat itu adalah gimik. Jawi telah menyangkal hal tersebut dan berkata mereka tidak akan berkompromi dalam perkara itu meskipun melibatkan selebriti.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply