Kisah rumah tangga pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz mendapat perhatian ramai selepas penyanyi lelaki kelahiran Singapura itu ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini.
Video dikongsi ibu Bella
Terbaharu, ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarinah ada memuat naik satu video memaparkan momen-momen dia dan suami bersama anak kesayangannya itu, Bella. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kata-kata yang tertulis pada video tersebut.
Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitkan hatimu pulanglah ke pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu.
Meskipun Zarinah atau lebih mesra dengan panggilan Eina tidak menjelaskan secara terperinci namun hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan berkaitan dengan kontroversi yang membabitkan rumah tangga anaknya.
Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.
Video
@bellaastillah94 Keluarga yang terbaik pada akhirnya ❤️ #bellaastillah #alifaziz
Sumber: Eina Astillah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply