SESI baharu persekolahan sudah dibuka dan sudah tentu ibu bapa masih sibuk menyempurnakan keperluan untuk anak masing-masing.
Beg, kasut, alat tulis dan pakaian antara keperluan yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anak di sekolah.
Bagi buku tulis pula, ia perlu dibeli melalui sekolah masing-masing dan penetapan ini nampaknya telah membuatkan seorang bapa mengeluh panjang melalui satu posting Facebook.
“Menyusahkan! Terpaksa beratur panjang untuk beli buku sekolah. Minggu ni ibu bapa sibuk beli buku dan kelengkapan sekolah anak-anak.
Ibu bapa mengeluh terpaksa beratur panjang untuk membeli buku anak. -Gambar hiasan
“Ibu bapa ni bukan semuanya muda-muda, ada juga yang dah tua setengah abad dan mempunyai penyakit kronik macam aku. Bukan setakat menyampah kena beratur panjang tetapi ia boleh merisikokan nyawa,” katanya.
Tambah pemilik akaun Facebook bernama Sallehudin ini lagi, ibu bapa yang mempunyai sakit jantung mungkin akan pengsan akibat menunggu terlalu lama untuk membeli buku tulis anak.
“Adakah pihak sekolah ingin mencipta sejarah ada ibu bapa yang tumbang ketika beratur untuk membeli buku tulis ini?
“Nampak sangat pengurusan sekolah tak mengambil kira faktor ini semasa membuat perancangan,” katanya lagi.
Sebagai penyelesaian kepada masalah ini, dia cuba memberikan beberapa cadangan kepada pihak pengurusan sekolah supaya membuat persiapan awal agar proses pembelian buku menjadi lebih efisen dan pantas.
“Mereka sudah pun ada senarai pelajar kan, malah mereka dah tahu jantina lelaki atau perempuan, sama ada agama Islam atau bukan, tinggi, berat, saiz baju dan seluar.
“Semua maklumat dah ada, jadi sepatutnya borang bagi setiap pelajar sudah siap tersedia dicetak, ibu bapa tak perlu nak isi borang lagi,” ujarnya.
Bercerita lanjut tentang borang pembelian buku, Sallehudin berkata guru di sekolah anaknya memberikan borang kosong dalam format foto melalui WhatsApp untuk diisi oleh ibu bapa.
Tetapi masalah timbul apabila borang dicetak, yang mana hasil cetakan setiap seorang tidak seragam dengan ada tulisan yang kabur.
“Isu borang ni saja dah menyebabkan proses pembelian buku sekolah jadi bottleneck (tergendala).
“Akhirnya, bila suasana dah kelam kabut pihak sekolah fotostat juga borang kosong ni,” jelasnya.
Nak bayar pun kelam kabut, apa yang dikalutkan pun aku tak faham
Sallehudin
Seterusnya dia memaklumkan bahawa masalah pembelian buku tulis bukan sahaja timbul disebabkan borang, tetapi juga ketika proses pembayaran.
” Nak bayar pun kelam kabut, apa yang dikalutkan pun aku tak faham.
“Bukan kali pertama nak naik sekolah, dah berpuluh tahun buat perkara yang sama, tak kan tak pandai-pandai,” keluhnya sekali lagi.
Bagaimanapun, individu ini menegaskan bahawa dia hanya menceritakan kisah dan situasi yang berlaku di sekolah anaknya sahaja dan jika masalah sama terjadi di tempat lain ia hanya satu kebetulan.
Ibu bapa bertanggungjawab memastikan keperluan sekolah anak lengkap. -Gambar hiasan
Sementara itu di ruangan komen ramai ibu bapa yang mengaku senasib dengan lelaki itu, tak kurang juga yang berkongsi cara sekolah anak masing-masing mengendalikan hal itu.
“Sekolah anak aku drive thru, bagi borang, dia bagi buku-buku dah siap dalam beg dan tanda buku yang belum ada.
“Sekolah anak saya ada dua pilihan, boleh beli online atau secara semuka, siapa beli online akan ditetapkan satu tarikh untuk pick-up, kalau pergi secara fizikal, nampak dah siap ikat ikut set buku yang wajib beli.
“Sekolah anak saya ada sediakan kerusi untuk ibu ayah, OK lah proses tak lama pun walau nampak panjang,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply