Mana abang yang pakai filter muka saya?” – Abang FoodPanda ‘Famous’, Tampilkan Diri Sewaktu Konsert Datuk Siti

Semalam, telah berlangsungnya Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, ada satu peristiwa yang berjaya mencuit hati para penonton konsert tersebut berlaku pada malam semalam.

Pasti para pembaca yang cakna dengan isu semasa dan sering ‘scroll’ TikTok pernah menonton video seorang abang FoodPanda yang menari sambil memakai ‘filter’ wajah Datuk Siti.

Jangan ingat boleh selamat ya kerana semalam, Datuk Siti telah ‘menyeru’ peminat tersebut supaya menunjukkan wajahnya yang sebenar!

@m_sy4h

Last day ciduk.. jumpa esok semua 09.03.2024❤️

♬ Jerat Percintaan – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

“Abang FoodPanda yang pakai (filter) muka saya tu dekat TikTok. Abang FoodPanda tu datang tak malam ni? Sebab saya nampak dia tunjuk tiket.

“Boleh tak bangun, saya nak tengok. Tolong, cerahkan sikit stadium ni,” katanya melalui satu video tular di laman TikTok.

“Dia dahlah dengan badan sasanya. Banyak pula dia guna muka saya. Sebelum hantar makanan tu, dia menari dulu,” kata Datuk Siti lagi.

VIDEO

@kembarpotpetpotpet

Famous Abg Food Panda di Konsert Siti Nurhaliza malam td 😆🤣 Tolong kami tag dia boleh? 😛 #konsertsitinurhaliza #epitomesitinurhaliza #fyp #foodpanda #megakaraoke #viral #ctdk @Siti Nurhaliza Ctdk

♬ original sound – KEMBAR POTPET – KEMBAR POTPET

Mujurlah abang FoodPanda tersebut ‘sporting’ dan tidak gentar untuk berdiri memperkenalkan diri di hadapan Datuk Siti. Cayalah!

Media melaporkan, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya memukau lebih 10,000 penonton menerusi konsert tersebut.

Menerusi konsert itu juga, Datuk Siti telah memaparkan perjalanan karier seninya sepanjang 28 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

VIDEO ABANG FOOD PANDA

@quezanariah

#fypシ #vttviral💞💞

♬ original sound – QUE ZANA – QUE ZANA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*