Kecoh diperkatakan saat ini mengenai pelakon Aliff Aziz yang dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita.
Isterinya, Bella Astillah dilihat hadir ke pejabat agama jam 2.30 pagi namun enggan memberi komen kerana terlalu terkejut.
Rakan artis, Mila Jirin meluahkan rasa berang dengan sikap Aliff yang tak serik-serik buat hal. Katanya, Bella seorang isteri yang sangat baik dan lemah lembut. Dia tak sepatutnya dikhianati berkali-kali.
“Bella, awak wanita hebat” – Mila Jirin
Kata Mila, sudah tiba masanya Bella mencari kebahagiaan yang hakiki. Pendapat itu disokong oleh rakan artis dan pengikut media sosial yang lain.
Semoga Bella kuat menimpuhi dugaan rumahtangga ini. Sesungguhnya curang itu pilihan bukannya takdir.
Kredit: Instagram Mila Jirin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Media
Leave a Reply