Bekas Pegawai Kanan Kerajaan, Datuk Jabidah Monseri, 66, mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain dan dikeluarkan melalui 30 transaksi bermula 26 Februari 2018 menggunakan mesin ATM.
Datuk Jabidah yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah bersara pada tahun 2017. Kehilangan wang tersebut hanya disedarinya pada bulan November tahun lepas.
Berikutan terlalu sibuk dengan tugas baharu, saya tidak mengemaskini akaun Tabung Haji, tambahan pula saya amat yakin dengan keselamatan wang yang disimpan di Tabung Haji.
Namun, saya hampir pengsan sebaik sahaja kerani yang membuat semakan memberitahu akaun saya hanya berbaki RM1,816.74 sedangkan wang saya di dalam akaun itu sepatutnya ada lebih RM31,000.
Wang dalam Tabung Haji beliau mula dipindahkan ke akaun bank pada 26 Februari 2018 sebanyak RM10,000. Selepas itu enam lagi permindahan telah dilakukan bermula 11 Mac 2018 sehingga 1 Januari 2019.
Manakala sebanyak 23 pengeluaran dilakukan menggunakan mesin ATM bermula 26 Februari 2018 sehingga 21 Januari 2020.
Saya mengharapkan pihak Tabung Haji memberi maklum balas dan bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan saya itu.
Bila jadi isu sebegini harap pihak Tabung Haji ambil tanggungjawab apabila laporan dibuat oleh pengguna tidak kira dari sektor kerajaan atau swasta. Bukan mudah untuk keluarkan duit dalam Tabung Haji Tanpa link dengan mana-mana akaun bank.
Kredit: Berita Harian & NSTP/Mohd Koji Rawi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh media
Leave a Reply