Panas! Hati netizen kembali ‘mendidih’ selepas butik pakaian muslimah menampilkan Marissa Dania dan Aslam sebagai model mereka.
Dalam satu rakaman video, pasangan itu dilihat memakai pakaian raya sedondon berwarna hitam. Mereka beraksi mesra seperti pasangan bahagia di mana Marissa sempat membetulkan butang baju Melayu Aslam.
@aqish_qishh #Jelitawardrobe .. Dah post mcmni pastu delete then post video Umisya ? huhu Betul² nampak amik kesempatan #VideoUmisyaAslamMarissa #Marissa #AslamMarissaJelita #Jw
Video berkenaan dipercayai telah dipadam namun netizen sempat merakamnya dan memuat naik semula di TikTok.
Tak cukup dengan itu, butik turut menampilkan isteri Aslam iaitu Umisya Mazlan yang turut memakai baju berwarna hitam.
View this post on Instagram
Kakak Umisya iaitu Nadiah Mazlan mendakwa adiknya tidak dimaklumkan bahawa Aslam dan Marissa Dania turut shooting produk yang sama.
Assalamualaikum. Saya pasti kamu semua ada perasaan. Ada hati, common sense, akhlak dan ambil peduli tentang perasaan orang lain. Untuk pengetahuan Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk tu perempuan ini juga shoot product yang sama. Dan bila dah sampai tempat casting baru tahu.
Umisya hanya dapat tahu bila mereka dah sampai lokasi shooting. Pada masa itu, butik sudah diingatkan supaya tak memuat naik apa-apa post yang melibatkan Umisya dan Marissa.
Kakak Umisya memberi pesanan kepada butik supaya tidak menjadikan adiknya sebagai bahan marketing. Dia merayu pihak berkenaan mempunyai sifat ihsan dan sensitiviti sebagai manusia.
Fuh! Umisya kena game ke ni?
Kredit: Instagram Nadiah Mazlan | TikTok @aqish_qishh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : oh media
Leave a Reply