[VIDEO] Pemuda Menang ‘Lucky Draw’ Minta Masuk RM310K Ke Akaun Kekasih, Ini Tindakan Achey

Mereka yang mengikuti perkembangan jenama pakaian tempatan, Choii pasti tahu pemiliknya mengadakan jelajah dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik buat para peminatnya.

Tular baru-baru ini, salah seorang peminat memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Nissan GT-R R35 ketika majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu.

Namun, pemuda berusia 22 tahun itu memilih untuk menukarkan hadiah yang dimenanginya dengan wang tunai dan kereta terbabit terpaksa dibuka untuk bidaan. Mujur, kereta tersebut berjaya dibida oleh seorang lelaki dengan harga RM310,000.

Bagaimanapun, tindakan pemuda ini mengejutkan ramai apabila meminta sejumlah wang yang diterimanya dimasukkan ke dalam akaun bank kekasih yang turut berada di majlis tersebut.

Katanya, dia meminta berbuat sedemikian kerana telefon bimbitnya m4ti akibat kehabisan bateri.

Lihat posting di bawah:

@hermanali87

Rezeki dak 22 tahun menang Rm310k

♬ original sound – Bos eman – Bos eman

Achey minta jangan masukkan ke dalam akaun kekasih

Namun, orang ramai serta pengacara majlis iaitu pelawak Achey segera melarang pemuda terbabit daripada memasukkan duit berkenaan ke dalam akaun bank kekasihnya itu.

“Jangan bagi, jangan bagi,” jerit penonton yang berada di hadapan pentas.

Ditanya mahu buat apa dengan duit sebanyak itu, pemuda berkenaan menjawab mungkin akan menggunakan wang tersebut untuk berkahwin.

“Tapi saya nak ingatkan duit berada dalam akaun dia (kekasih). Awak kena hati-hati, benda ni jangan buat main.

“Woo bahaya… tak boleh, kena on juga telefon… walau macam mana sekalipun kena akaun awak.

“Kalau tanya saya, tak benarkan. Tak boleh, bahaya, akaun awek tak boleh, kalau akaun isteri mungkin (boleh), mana adik beradik dia,” nasihat Achey.

Pada akhir video, kelihatan kru acara memberikan powerbank kepada pemuda terbabit untuk menghidupkan semula telefon bimbitnya.

Pihak penganjur juga bertegas agar wang yang akan dimilikinya itu hanya dimasukkan terus ke akaun bank miliknya atau ahli keluarga terdekat sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen risau melihat tindakan pemuda terbabit yang mahu memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank kekasihnya.

Dalam pada itu, netizen turut memuji tindakan Achey yang pantas membuat keputusan terbaik untuk pemuda itu.

Apapun, tahniah adik ni dapat rezeki yang tak disangka!

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://lobakmerah.com/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*