Pekerja binaan luah perasaan, kongsi realiti di tapak projek… Semua sepakat ment4l kena kuat, tahan dim4ki

SETIAP pekerjaan mempunyai cabaran dan dugaannya tersendiri.

Ini termasuklah kerja yang nampak mudah di mata masyarakat, tetapi hanya mereka yang melakukannya faham tentang apa yang dilalui.

Begitu juga kerja-kerja melawat tapak atau projek berkaitan pembinaan, ia tidak mudah seperti yang disangka kerana memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi.

Sekumpulan pekerja binaan mengadakan perbincangan. -Gambar hiasan The Star

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan suasana ruang pejabat membabitkan sebuah syarikat pembinaan.

Rakaman itu kemudian beralih ke arah sebuah bilik yang kedengaran suara seorang lelaki dipercayai sedang memarahi pekerjanya.

Sudahlah menengking sehingga suaranya didengari pekerja-pekerja lain, malah majikan berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun tidak dipastikan punca kejadian sehingga pekerja itu dimarahi majikannya.

Pekerja komited melakukan tugasan di tapak pembinaan. -Gambar hiasan The Star

Rakaman video berdurasi 34 saat itu dimuat naik seorang lelaki yang ingin menjelaskan kepada orang ramai mengenai situasi yang disaksikannya.

“Dunia construction keras, tiada kopi atau roti canai dik. Mental kena kuat,” tulisnya di laman sosial.

Kerja construction ni (kalau) mental tak kuat, baik balik jelah.

NETIZEN

Semakan mendapati video tersebut telah dipadamkan di TikTok, namun ia tular sehingga ke platform media sosial lain seperti laman X.

“Ada yang kata masa projek ini (dimarahi ketua) adalah perkara biasa. Setakat kena maki hamun, caci maki itu biasa. Tahu-tahu esok kena buang kerja pun ada, lumrah,” menurut satu ciapan.

Walaupun tidak mengetahui nasib pekerja yang dimaki, namun rata-rata netizen bersetuju bahawa setiap pekerjaan akan berhadapan dengan situasi seumpama itu.

Lelaki diuji dengan situasi di tempat kerja. -Gambar hiasan

Malah, segelintirnya turut berkongsi pengalaman bekerja dalam bidang pembinaan.

“Kerja construction ni (kalau) mental tak kuat, baik balik jelah. Kau kena marah sebab salah orang lain itu biasa.

“Sebab construction ni semua main dengan duit. Setiap jam, minit, hari semua implikasinya duit. Dapat pula bos yang pening dengan sumber-sumber yang kurang atau banyak duit dikorbankan, jadilah macam ni. Orang kerja site kena kental.

“Kalau dah kerja lama, memang dah lali kena marah ni. Salah sendiri ke salah orang lain ke, tadah jelah telinga. Kadang stres juga, balik menangis. Tapi hidup ini keras dik.

“Boleh kata hari-hari hadap begini selama dua tahun dalam construction. Boleh letak dalam resume… tahan maki tahan hina,” komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*