‘Lulus’ memasak, buat kerja rumah… Ibu harap anak lelaki tak susahkan isteri bila dah kahwin nanti, azam nak layan baik menantu

SEORANG ibu memuji anak lelakinya yang sudah diajar melakukan kerja-kerja rumah sejak kecil walaupun tugas tersebut sinonim dengan kaum Hawa.

Wanita berkenaan, Suhaili Ellie Mohamed Tauhid menganggap kecekapan anak terunanya dalam melakukan kerja rumah dan juga di dapur sudah membolehkan dia ‘ditempah’ untuk dijadikan menantu.

Bagaimanapun, dalam hantarannya di Facebook, Suhaili Ellie turut memberi ‘peringatan’ mengenai ketegasan dan sikap garangnya kepada mana-mana calon menantu.

“Masak nasi dah pandai, basuh dan sidai baju dah ‘sempurna’, goreng telur pun dah cantik. Jaga adik-adik pun dah 95 peratus bagus.

Kisah ibu mentua dan menantu wanita banyak dikongsi di media sosial. -Gambar hiasan

“Tengok dan awasi adik-adik mengaji pun dah boleh. Senang kata dah boleh la sesiapa nak ‘pangkah’ jadikan menantu.

“Tapi kena ingat… mana yang nak jadi menantu tu, emak dia garang ya amat,” ujarnya yang berseloroh dalam hantaran tersebut.

Suhaili Ellie, menerusi posting yang dikongsi sebenarnya mahu menceritakan tentang pesanan ibunya sebelum meninggal dunia yang masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini.

Seperti kita sedia maklum, banyak kisah dan luahan hati dikongsikan di media sosial mengenai hubungan mentua dan menantu yang tidak serasi.

Namun menurut Suhaili Ellie sepanjang hayat ibunya dahulu, arwah tidak putus-putus memuji sikap menantu-menantunya yang dianggap baik.

“Insya-Allah, arwah mak saya ajar, kalau pun kita pernah tidak dilayan baik oleh orang lain, pastikan anak-anak orang dilayan baik oleh saya.

“Itulah yang mak amalkan. Sampai mak dah nak meninggal pun, mak tetap kata menantu lelaki dia semuanya baik-baik. Yang tak baik, anak dia je.

“Tak pernah dia salahkan anak orang lain. Anak dia juga yang ‘hantu’,” katanya, mengimbas pesanan arwah ibu.

Dalam hantaran yang dibuat, wanita ini turut memuat naik sekeping foto menunjukkan anak lelakinya yang sedang meningkat dewasa sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak.

Kena gilap bagi pandai semuanya. Sudah kahwin nanti senang, tak susahkan isteri.

SUHAILI ELLIE

Jelasnya, dia sedang mengajar anaknya memasak sayur kangkung goreng belacan.

“Hari ni mereka teringin makan kangkung goreng belacan. Kita cuba ajar dia buat, tengok jadi apa nanti,” ujarnya sekali gus menutup hantaran berkenaan.

Posting Suhaili Ellie yang menyebut tentang hubungan mentua dan menantu ternyata menarik perhatian netizen untuk turut berkongsi kisah mereka.

“Macam mak saya tak pernah nak burukkan menantu. Semua menantu mak cakap baik. Anak-anak dia je dia suka merungut. Semoga mak diberikan kesembuhan.

Komen netizen pada hantaran asal.

“Untung mak garang ni. Anak-anak semua tahu tanggungjawab. Tak la asyik tidur je bila hari cuti. Bila bangun makanan sudah tersedia.

“Dua orang anak lelaki saya pun dah diajar buat semua. Cuti sekolah ni lagilah kan. Maklumlah kita ni bekerja. Tapi itulah… masa malas dia tu memang jadi singa la saya,” ujar beberapa netizen.

Suhaili juga berharap agar anaknya bakal menjadi suami yang baik untuk pasangan.

“Insya-Allah berdikari tu dah. Kena gilap bagi pandai semuanya. Sudah kahwin nanti senang, tak susahkan isteri,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*