“Hebat Aslam, Dua-Dua Tahfiz” – Umisya Mazlan Rupanya Pelajar Tahfiz, Pernah Ke Mesir Setahun

Selepas tular dakwaan suami berpoligami, rezeki Umisya Mazlan nampaknya semakin melimpah ruah. Dia dilihat menjadi model untuk jenama tudung dan beberapa produk kesihatan yang lain.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik Hejja HQ, wanita ini ditanya mengenai latar belakang pendidikannya. Rupa-rupanya Umisya merupakan pelajar sekolah tahfiz dan pernah belajar di Mesir selama setahun.

Umisya pelajar tahfiz, ada diploma pendidikan

@hejjahq

Thank you @umsymzln sudi bekerjasama dengan kami untuk projek Hegula x Misya, projek masak resepi lebih sihat dengan Hegula. Sambil masak2 kita borak2 terkeluarlah cerita cinta Misya. Tak sangka kan misya belajar sampai ke mesir, misya belajar quran, budak tahfiz boleh cakap arab tau. Bukan biasa2 misya ni.. patutlah misya sangat tabah dalam dugaan ni.. nak tahu misya masak apa, dan banyak lagi cerita misya jangan lupa follow okay ✌️ Hegula x Misya. Terbaik @eaisyah_listra. #hegula #hejjahq #pemanisgantigula #pemanissemulajadi #hidupsihat #stopgula #lifestyle #hegulaxmisya #umisyamazlan #misya

♬ original sound – Hejja HQ – Hejja HQ

Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Universiti Islam Selangor (UIS) dalam bidang pendidikan.

Belum habis diploma, dia mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebulan selepas nikah, dia mendapat khabar gembira hamil anak pertama dan membuat latihan praktikal sebagai guru semasa berpantang. Nasib baiklah boleh bekerja dari rumah.

“Bukan calang-calang pilihan Aslam”

Di ruangan komen, netizen memuji Umisya yang rupanya seorang pendidik. Mereka menyarankan wanita ini sambung belajar ke peringkat ijazah disebabkan umurnya masih muda.

Tak kurang juga yang menyindir Aslam berkata, pilihannya bukan calang-calang orang. Difahamkan, Umisya dan Marissa Dania kedua-duanya merupakan bekas pelajar tahfiz.

Kredit: TikTok @hejjahq

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Media

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*