Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh pun terima bonus! Ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu ‘hulur’ lebih

IMBUHAN atau bonus pekerja merupakan faedah tambahan bagi mereka yang bekerja dalam sektor awam mahupun swasta.

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang wanita yang bekerja sendiri berkongsi pengalaman mendapat bonus atas khidmat baktinya sebagai pengasuh.

“Terasa sangat-sangat dihargai, hari ini (24 Februari) (kakitangan) kerajaan dapat bonus. saya jaga anak-anak cikgu, kalau ikutkan bulan ni tak sampai 10 hari jaga anak mereka.

Tangkap layar mesejnya bersama ibu anak asuhan yang memberikan bonus.

“Tapi rezeki saya dapat parents yang sangat baik, mereka (dapat) bonus… saya pun terima bonus,” kongsinya di laman Facebook Pengasuh Seluruh Malaysia.

Ketika dihubungi media, pemilik akaun Eika Suhaimi atau nama sebenarnya Khadijah Kamaruzaman mengakui dia sering menerima bonus daripada ibu bapa anak asuhannya.

Menurutnya, bonus yang diterima itu adalah daripada ibu kepada anak asuhan berusia setahun 11 bulan.

“Ibunya selalu bagi saya upah lebih, kadang-kadang saya sendiri terkejut dengan jumlah yang agak besar.

“Saya bersyukur sangat dengan penghargaan yang diberikan… dia adalah guru manakala suami kerja swasta,” katanya yang menjaga kanak-kanak tersebut sejak usia lapan bulan.

Dia yang berasal dari Gopeng, Perak berkata, anak-anaknya turut mendapat layanan istimewa termasuk dibelikan kek sempena hari lahir.

Anak asuhan tu banyak ajar saya tentang ikhlas… sampai sekarang parents dia tetap baik dengan saya.

KHADIJAH

PENGASUH

“Sebenarnya saya selalu dapat ekstra tips daripada semua ibu bapa kepada anak asuhan ni, saya tak pernah minta tapi saya dilayan sangat baik.

“Hari lahir saya mereka belikan kek, hari lahir anak-anak saya pun diraikan. Baru-baru ni kerajaan bagi bonus, saya pun terima bonus,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 30-an ini juga sering menerima saguhati dan bayaran tambahan sejak tahun lalu.

Antara keluarga anak asuhan yang sering menziarahinya sehingga kini

Malah katanya, amalan tersebut membuatkan dia berasa segan kerana sering diberi layanan baik oleh keluarga anak asuhan.

Menurut Khadijah, tugasan mengasuh bermula selepas salah seorang rakan berkongsi pengalaman tentang cara jagaannya.

Pernah menjaga lebih 20 kanak-kanak sepanjang tempoh sembilan tahun menjadi pengasuh, ujarnya pengalaman menjaga penghidap kanser paling tidak dapat dilupai.

Rata-rata warga maya menyatakan dirinya beruntung.

“Selama mengasuh ni paling saya tak boleh nak lupakan ialah mengasuh anak asuhan yang mengidap kanser.

“Anak tu pergi menghadap Ilahi kalau tak silap masa umurnya tiga tahun.

“Anak tu banyak ajar saya tentang ikhlas dan sampai sekarang parents dia tetap baik dengan saya, selalu datang ziarah bawa adik kepada arwah,” imbasnya tentang kenangan pada tahun 2020.

Menurut Khadijah, dia sudah mengetahui kondisi arwah sejak awal namun tetap mengambil upah untuk menjaganya disebabkan sikap kedua-dua orang tuanya yang berbudi bahasa.

“Sebab saya rasa kasihan sangat dan ibu ayahnya orang baik-baik serta beradab.

“Saya jaga daripada umur dua tahun… sebelum tu duduk dengan pengasuh lama. Rezeki saya setahun je dapat jaga arwah,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*