WANITA yang bakal mendirikan rumah tangga sering dinasihati supaya menjaga adab dan budi bahasa serta menggunakan tutur kata yang lembut apabila bersama suami.
Sesuai dengan statusnya sebagai ketua keluarga dan pencari nafkah untuk isteri serta anak-anaknya, seorang suami layak dilayan dengan sebaik mungkin.
Seperti hantaran tular milik seorang wanita di laman X, dia mengajak para wanita untuk memberi layanan istimewa kepada suami.
“Ladies, mungkin ramai yang tidak bersetuju tapi jika awak dapat suami yang baik… selalulah sendukkan nasi untuknya, buatkan air, buka pintu apabila dia balik kerja.
Setiap pekerjaan mempunyai cabaran yang tersendiri. -Gambar hiasan The Star
“Gerakan kecil seperti ini dapat membuatkan harinya berasa lebih baik selepas berhempas pulas di tempat kerja,” ujar wanita itu menerusi hantaran di laman X.
Susulan pandangan itu, ada yang beranggapan perkara tersebut sukar dilaksanakan kerana situasi semasa yang kian berubah apabila golongan wanita turut sama mengerah tenaga mencari rezeki demi keselesaan hidup.
Namun wanita berkenaan tetap dengan pandangannya kerana beranggapan bahawa golongan lelaki masih layak diberikan keutamaan selagi menjalankan tanggungjawab serta melayan isteri dengan baik.
Hantaran yang dibuatnya itu membuatkan para wanita tampil berkongsikan pandangan peribadi masing-masing.
Kebanyakannya bersetuju kerana sikap lemah lembut yang dianggap biasa itu dapat membantu memberikan suasana yang baik dalam kehidupan rumah tangga.
“Perbuatan ringkas macam ni akan buatkan pasangan rasa dihargai walaupun tak semua usahanya validated with same action… sekurang-kurangnya dia rasa pasangan tahu pengorbanan yang dibuat.
Netizen turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan.
“Kalau suami layan awak dengan baik memang setuju untuk buat benda-benda tu. Lagipun ia tak nampak seperti beban sebab memang nature wanita melayan macam tu.
“Saya setuju sebab itu satu-satunya cara untuk saya tunjukkan penghargaan kepada suami selepas dia berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga.
“Dulu saya tak terfikir yang saya akan buka stoking husband, potongkan kuku, korek telinga, kadang-kadang facial. Tapi selepas tengok apa yang dia buat untuk kita, sebenarnya he deserve more than that,” ujar beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply