Pempengaruh media sosial, Norreen Iman mendedahkan dirinya sama sekali tidak ambil pusing jika ada segelintir pihak yang mengecam dan menganggap penghijrahannya sebagai satu cara untuk mendapatkan ‘engagement’ yang tinggi di media sosial.
Hijrah kerana Allah
Ketika ditemui media!, pemilik nama Norreen Iman Abdullah ini berkata, penghijrahan dan perubahan yang berlaku di dalam kehidupannya itu adalah secara suka rela dan bukanlah untuk menggunakan ataupun ‘menunggang’ agama.
Daripada awal lagi apa yang saya buat, baik mahupun buruk, orang tetap akan mengata.
Jadi kalau nak bercakap pasal penghijrahan ini mungkin mereka ada tengok orang-orang lain yang gunakan agama.
Tapi InsyaAllah saya tak, saya tak fikir nak gunakan agama, sebab saya tahu kenapa saya nak berubah.
Norren berkongsi perkata tersebut ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen busana raya ‘Glam Lebaran Nona’ yang diadakan di Glamhall Damansara pada Rabu.
Dalam pada itu, Norreen meluahkan rasa syukur selepas penghijrahan yang dilakukannya itu mendapat sambutan yang baik daripada suaminya, Razzi Razak.
Suami manalah yang tak suka tengok isteri dia bertutup-litup, dia gembira dan sentiasa sokong saya tak kira saya macam mana sekalipun.
Lagi pula, dia bukan jenis lelaki yang banyak cakap, dia tengok kita atas bawah cantik, dia okay.
Tapi apa-apa pun, saya tahu dia gembira dan saya pun gembira, sama-sama ke arah lebih baik.
Terdahulu, Norreen memaklumkan dirinya telah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung dan telah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung di Instaram (IG).
ANTARA VIDEO NORREEN
@dendengmummy Moga Terus Istiqomah❤️ #norreeniman #fyp #foryou #foryoupagee #fypp #fypage
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply