J4hit poket baju sekolah guna benang hitam, murid miskln tak boleh lupa diri jadi bahan gelak geng-geng cikgu

KENANGAN pahit ketika berada di bangku sekolah rendah masih segar dalam ingatan wanita ini.

Hanya dikenali dengan nama Fiesya, dia menceritakan semula kisah dirinya yang ditertawakan oleh guru-guru apabila melihat hasil jahitan pada uniform sekolahnya yang lusuh.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, kejadian itu yang dianggap memalukan ‘berpunca’ daripada poket baju sekolahnya yang terkoyak gara-gara kerap dibasuh.

“Baju sekolah hanya ada sepasang saja saya pakai dari darjah 1. Setiap hari saya basuh, jadi baju tu agak lusuh sampaikan poket boleh tercarik.

Fiesya menceritakan pengalaman pahit sewaktu di sekolah rendah.

“Saya takut nak beritahu mak sebab tak nak dia susah hati jadi saya pun buat keputusan untuk jahit sendiri. Tapi masa tu saya cuma jumpa jarum dengan benang hitam saja.

“Lagi ‘parah’, saya jahit pula dari bahagian luar poket. Saya buat-buat pandai saja, jahitan pun senget,” ujarnya.

Bercerita lanjut, wanita yang berasal dari Pulau Pinang ini kemudian pergi ke sekolah seperti biasa dengan poket baju yang sudah dijahit.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, selepas tiba di sekolah, seorang cikgu yang tidak didedahkan identiti memanggilnya ke bilik guru sambil meminta bantuannya membawa buku.

“Masa dekat sekolah, cikgu tu nampak saya jadi dia panggil masuk bilik guru. Cikgu cakap nak minta tolong saya bawa buku masuk ke kelas.

“Kebetulan cikgu tu nampak jahitan poket yang senget tu dengan benang hitam yang saya guna. Jadi dia panggil cikgu-cikgu lain tengok juga.

“Dia cakap hampa tengok ni sambil tarik poket baju saya tunjuk dekat cikgu lain sambil ketawakan saya. Saya ingat sampai sekarang momen tu,” ujarnya.

Tapi disebabkan rasa malu dekat sekolah tu, balik rumah saya terus marah mak dan minta baju sekolah baharu.

FIESYA

Dia yang kini mengusahakan perniagaan sendiri mengaku berasa malu dengan apa berlaku dan bersedih dengan status keluarganya yang miskin.

Namun, dia yang mempunyai enam adik beradik masih bersekolah pada masa itu memahami kehidupan keluarganya yang serba kekurangan.

“Ayah saya meninggal dalam tidur masa saya darjah 2. Mak pula seorang suri rumah jadi semua benda ayah yang uruskan sebelum ni. Saya faham keadaan miskin kami masa tu.

“Nak teruskan persekolahan pun, kami semua termasuk mak kena bangun seawal 3 pagi siapkan kuih untuk dijual. Tapi disebabkan rasa malu, balik rumah saya terus marah mak dan minta baju sekolah baharu.

Wanita ini merupakan ibu kepada seorang anak.

“Lepas tu saya tengok mak menangis sorang-sorang, rasa bersalah sangat buat dia macam tu jadi terus saya minta maaf. Kami dua-dua menangis. Sejak kejadian tu saya banyak diam saja di sekolah dan tak bergaul dengan kawan-kawan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Fiesya menganggap pengalaman lampaunya itulah yang menjadi penguat semangat dan membentuk dirinya yang sekarang.

“Apabila saya belajar di peringkat sekolah menengah, saya dah pandai cari duit sendiri. Saya buat kerja sambilan bila berkelapangan.

“Masa tu barulah saya pandai bergaul dengan ramai orang dan dapat ramai kawan. Apa-apa pun saya harap tak ada murid lain alami pengalaman yang saya lalui masa sekolah rendah dulu.

“Semua kesusahan saya dulu membuatkan saya lebih bersemangat nak berjaya sekarang. Harapan saya sekarang ni, semoga dapat mewahkan diri sendiri dan mak saja,” katanya yang menjalankan bisnes kurta kanak-kanak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*