MENYARA kehidupan ibu bapa ketika mereka memasuki usia emas merupakan sebahagian daripada tanggungjawab anak-anak.
Namun ada kalanya kebaikan itu diambil kesempatan oleh keluarga termasuk adik-beradik yang lain.
Jika hidup senang tentunya bukan menjadi satu masalah, namun beban bertambah sekiranya diri sendiri tidak mampu untuk memenuhi semua keperluan dan permintaan.
Luah seorang wanita, dia kecewa apabila suaminya menjadi sandaran keluarga hingga membebankan mereka.
Kewangan sering menjadi isu membabitkan keluarga mentua. -Gambar hiasan
“Susah bukan sebab apa, adik-beradik ramai tapi ramai tak nak kerja. Lepas tangan, mak dah tua yang kena kerja, ayah sakit-sakit kena berniaga.
“Saya dan suami duduk di rumah lain, tapi ayah akan telefon suami minta tolong hantar ke hospital sedangkan dalam rumah tu ramai tak kerja tapi ada transport untuk bawa ayah ke hospital,” katanya dengan nada kesal.
Menerusi satu luahan di grup Facebook, wanita berkenaan turut terkilan apabila segala beban diletakkan pada suaminya seorang.
“Saya jadi geram dan kecewa sebab semua beban letak atas badan suami saya. Sewa rumah famili, suami kena kongsi dengan adik-beradik lain.
“Tapi tiap bulan ada tunggakan banyak. Sudahnya suami kena selesaikan semua, kononnya saya dan suami paling ‘hidup selesa’,” ujarnya.
Suami sering menerima desakan keluarganya berkaitan dengan kewangan. -Gambar hiasan
Tambah wanita itu lagi, gaji suaminya tidaklah terlalu banyak namun dia tetap bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan keluarga.
“Tiap bulan atau pada waktu-waktu nak kena balik kampung, suami akan keluarkan duit yang banyak untuk sewa kereta, belanja makan famili yang ikut, minyak kereta serta tol.
“Sudahnya suami akan hold nafkah saya untuk sebulan hingga dua bulan sebab semua duit dan simpanan habis,” katanya reda dengan perkara itu.
Bukan sekadar itu, malah dia juga terpaksa menanggung makan minum mereka berdua gara-gara suami sudah kehabisan simpanan.
Apabila lelaki dah mula menangis, dia dah mula putus asa.
NETIZEN
Cerita wanita itu lagi, ibu mentuanya sering meminta wang daripada suami namun kadangkala dia yang terpaksa memberikan duit simpanannya.
“Saya bukan nak berkira tapi saya jadi marah, kenapa adik-beradik lain lepas tangan? Tak hulur duit pun dekat mak ayah.
“Semua beban letak dekat suami. Alasan sebab adik-beradik lain susah. Memanglah susah kalau tak nak kerja.
“Semua masalah famili, suami kena selesaikan. Daripada sebelum kahwin sampai sekarang banyak kali suami saya menangis, dia tak tahu nak buat apa dah dengan famili dia,” katanya lagi.
Isteri turut terkesan dengan hal keluarga mentua. -Gambar hiasan
Di ruangan komen, rata-rata netizen amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi suaminya, apatah lagi kesannya turut dirasai wanita itu sebagai isteri.
“Apabila lelaki dah mula menangis, dia dah mula putus asa. Kadang-kadang tak ada masalah dalam rumah tangga antara suami isteri, tapi masalah daripada mak ayah dan adik-beradik pula. Ujian hidup.
“Bantu setakat yang mampu. Tak mampu kena berterus-terang. Cukup atau tidak itu bukan masalah awak suami isteri lagi.
“Beri nasihat kepada adik-beradik tu agar berubah. Cari kerja dan lebih bertanggungjawab. Kadang-kadang kena bersuara, jangan pendamkan saja,” komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply