Wanita Buat Video Kut*k Isteri Men4ngis Jual Kereta, Ali Puteh Sedia Ganjaran Jejak Individu Biad4b

PELAWAK Ali Puteh terus menerus menerima kecaman daripada netizen walaupun sedang sedaya upaya melunaskan hutang terhadap balu Allahyarham abangnya iaitu Nor Hidayah Ali.

Terbaharu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, mencari seorang wanita yang memperlekehkan isterinya menerusi sebuah video yang diulang siar pelawak berkenaan di TikTok miliknya.

Bengang dengan perbuatan biadab itu, Ali turut menyediakan ganjaran sekiranya ada pihak mahu membantu dia mencari wanita tersebut yang dipercayai menetap di Johor.

Wanita minta isteri Ali patut gembira dengan tindakan suaminya.

“Ada siapa boleh carikan manusia ini? Dengar duduk Johor, esok kebetulan nak ke Johor.

“Jadi ada nombor atau alamat, RM500 saya bagi. Kau petik bini aku eh,” tulisnya.

Ali berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan menegur tindakan isteri Ali iaitu Melati Fitri Abdullah yang menangis kerana menjual kereta demi melangsaikan hutang.

Menurut wanita berkenaan, Melati sepatutnya gembira kerana Ali mahu melunaskan hutang dan tidak menangguhkan perkara itu kerana akan menyusahkan orang lain kelak.

Sementara itu, Ali memberitahu sudah menjangka tangisan isterinya sebelum ini sudah pasti akan menjadi perhatian ramai.

“Aku agak dah akan muncul macam ini. Isteri aku pula kau petik,” katanya.

Ali tekad mahu bertemu dengan wanita mengutuk isterinya.

@aliputeh89

Aku agak dah akan muncul mcm ni… Isteri aku pulak kau petik… Ade spe boleh cari kan manusia ni?? Dengar duduk johor…esok kebetulan ke johor…soe ade no atau alamat rn500 sy bagi…kau petik bini aku ekhhh

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Ali sebelum berkongsi terpaksa menjual kereta jenis Honda Accord, barang peribadi termasuk trofi kemenangan program televisyen yang disertai serta sebuah sebuah motosikal jenis RXZ.

Ali jual pelbagai barang peribadi untuk lunaskan hutang.

Hasil menjual kesemua barangan tersebut dia berjaya mengumpul RM75,000 dan dipercayai akan digunakan untuk membayar tuntutan saman yang dibuat oleh Hidayah.

Sebelum ini Hidayah mendedahkan Ali masih belum menjelaskan hutang kepadanya berjumlah RM76,000.

Jumlah tersebut juga termasuk ganti rugi yang ditetapkan mahkamah selepas Ali kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan oleh Hidayah pada Mei 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*