Tak perlu ‘drama’ nak jual produk, Zoey Rahman ditvduh perguna wanita OKU dalam live Tiktok

SELEPAS dikecam gara-gara sering mengadakan sesi siaran langsung TikTok bersama wanita bernama Mass Factor, pelakon dan usahawan Zoey Rahman tampil menjelaskan ia bukan bertujuan mempromosikan rangkaian produk kosmetik keluaran syarikat miliknya.

Kata Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 39, dia ikhlas ingin membantu Mass yang merupakan orang kurang upaya (OKU) selain sekadar hiburan pengikut di media sosial.

“Tiada niat pun saya nak buat marketing produk dengan mempergunakan Mass. Saya sering tengok TikTok dia sebelum ini dan tahu dia seorang yang suka bersolek. Jadi saya hanya mahu sokong hobinya.

VIDEO

@heyitsfatam

Korang stay sampai habis ke episode 8 malam smlm ? 🤣🤣🤣 @Zoeyrahman @Mass Factorz 🫶🏻🫶🏻 #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

zoey 3

Ramai dalam kalangan netizen anggap Zoey mempermainkan perasaan wanita.

“Saya sendiri sudah hantar set alat solek untuk dia. Bukan sahaja jenama sendiri malah ada jenama lain untuk lengkapkan apa yang dia tidak ada.

“Saya tidak perlukan marketing sebegitu atau buat drama untuk lariskan produk. Kami sama-sama buat live di TikTok untuk hiburkan pengikut sahaja.

“Saya juga banyak berkongsi nasihat dengannya untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih baik,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Zoey menjelaskan hal berkenaan selepas timbul dakwaan kononnya dia sengaja mempermainkan perasaan Mass selepas wanita asal Singapura itu sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk menjalinkan hubungan lebih serius.

Menurutnya dia juga sudah menasihati Mass supaya tidak terlalu mengikut perasaan sedangkan mereka belum pernah berjumpa dan baru sahaja berkenalan secara maya di laman sosial.

Dalam masa sama Zoey juga merasa kurang senang apabila ada dalam kalangan netizen mudah membuat penilaian sedangkan tidak mengikut sesi siaran langsung mereka sejak awal.

Walaupun dia tidak sempurna secara fizikal namun dia ada bakat berbeza
ZOEY RAHMAN
PELAKON/USAHAWAN

“Selepas dia meluahkan perasaan mahu menjadi lebih dari kawan, saya sudah cakapkan supaya jangan terburu-buru sebab kami baru sahaja kenal.

“Ramai yang kecam dan anggap saya mempermainkan dia. Timbul pula golongan yang menyokong Mass. Saya rasa perkara ini tidak bagus. Kalau mereka yang mengikuti kami dari awal akan faham hiburan yang ingin di sampaikan,” ujarnya.

Zoey juga memberitahu dia bakal berjumpa Mass secara bersemuka buat pertama kali pada Mac nanti sempena penglibatannya dalam sebuah acara.

zoey 2

Zoey akan berjumpa Mass di Singapura pada Mac nanti.

Dia juga amat terharu apabila Mass sanggup datang ke tempat acara berkenaan dan mahu menghadiahkan sebuah lukisan buatnya.

“Walaupun dia tidak sempurna secara fizikal namun dia ada bakat berbeza. Dia boleh berlakon, menyanyi dan dia ada melukis wajah saya. Katanya mahu hadiahkan lukisan itu nanti apabila kami berjumpa.

“Saya sendiri tidak sabar nak berjumpa dengan Mass. Mungkin pada acara itu nanti saya boleh jemput dia menyanyi bersama di atas pentas,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*