Seorang pemandu wanita dipuji netizen selepas tular videonya berjaya mengelak daripada bertembung melanggar segerombolan gajah pada awal pagi di jalan Jeli-Grik.
Menurut perkongsian Facebook Nur Izzah Othman, kejadian itu berlaku di Tasik Banding, kurang 1 kilometer ke Jambatan Tasik Banding menghala ke Grik.
Dalam video berdurasi 9 saat itu, kereta yang dipandu Nur Izzah sedang melalui satu bahagian selekoh di Jeli-Grik. Tiba-tiba ada sekawan gajah berada di tengah-tengah jalan raya.
VIDEO:
Tidak panik dan cekap, pemandu segera memotong melepasi kawanan gajah itu di laluan bertentangan.
“Alhamdulillah, berjaya elak gajah di selekoh. Kejadian di Tasik Banding (kurang 1km nak ke Jambatan Tasik Banding menghala ke Grik). Kejadian hari ini, Ahad (11/02.2024), sebelum azan subuh tadi,” petik hantaran Facebook tersebut.
Warganet yang menonton video tersebut berasa kagum melihat kecekapan wanita itu mengawal kenderaannya daripada melanggar gajah atau terbabas ke tepi jalan.
Dalam pada itu, netizen turut berkongsi tips ketika melalui kawasan Jeli-Grik. Pengguna jalan raya itu dinasihatkan untuk menggunakan lampu tinggi sekiranya tiada kenderaan lain di lorong bertentangan. Lampu tinggi dapat membantu pemandu melihat jarak jauh dengan lebih baik.
Sekiranya melalui jalan tersebut sewaktu kabus tebal, pemandu diminta menggunakan lampu rendah dan membawa kenderaan dengan perlahan. Tidak digalakkan menggunakan lampu tinggi kerana kabus tebal akan memantul semula cahaya lampu sehingga mengganggu pandangan pemandu.
Netizen juga menyarankan agar mengelak daripada melalui laluan Jeli-Grik pada lewat malam hingga awal pagi kerana kawasan itu sangat gelap dan menjadi laluan haiwan liar melintas, seperti gajah.
Terdahulu ada seorang pengguna TikTok berkongsi cara-cara menghadapi gajah sekiranya haiwan mamalia itu tiba-tiba ada di atas jalan raya tersebut. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Vocket
Leave a Reply