TIDAK mampu tidur dengan tenang! Penyanyi Ernie Zakri berkongsi pengalaman diganggu makhluk halus semasa menginap di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, berkata ketika itu dia sedang tidur namun tersedar selepas mendengar bunyi hentakkan pada almari.
Cerita Ernie lagi, semasa kejadian itu berlaku dia berada dalam bilik bersama pengurusnya.
Tidur Ernie tak lena selepas bunyi menyeramkan.
“Bunyi-bunyi pernah dekat hotel… waktu itu saya duduk dengan Maria (pengurus Ernie) di Kuching Sarawak.
“Waktu itu tengah tidur dengar almari kena hempas. Bukan sebelah bilik tapi dalam bilik kami,” katanya.
Ernie berkongsi perkara itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Terkejut dan cemas ketika itu, Ernie bagaimanapun dapat mengawal perasaan selepas ditenangkan oleh pengurusnya.
“Masa itu Maria belum tidur tapi saya sudah tidur. Saya sebut nama Maria selepas dengar bunyi itu tapi dia kata tak ada apa dan suruh sambung tidur.
“Esoknya bila kami berbual memang betul rupanya hotel itu berhantu,” luahnya.
Sementara itu, rata-rata pengikut mula berteka-teki mengenai lokasi penginapan berkenaan.
Ernie bersama pengurusnya mengalami gangguan mistik.
Meskipun Ernie tidak menyatakan lokasi, namun ada yang memberitahu turut berdepan pengalaman sama ketika menginap di hotel itu.
“Pernah menginap tempat yang sama, siang masuk malam minta keluar.
“Tapi hotel itu selalu penuh juga walaupun banyak orang dah kena,” antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply