Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan penyanyi tersohor negara, Datin Seri Siti Nurhaliza sedang mengadakan persembahan di sebuah majlis sambutan hari lahir beliau yang ke-45 serta Makan Malam Tahunan CTDK Group tempoh hari.
Tidak asing lagi, penyanyi bersuara lunak itu sememangnya menawan hati sesiapa sahaja yang mendengar nyanyiannya sejak zaman berzaman.
Soalan cepumas daripada peminat cuit hati
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah ketika ramah mesra Siti bersama tetamu, pelantun lagu Jerat Percintaan itu diajukan soalan ‘mencabar’ daripada salah seorang tetamu yang hadir dipercayai rakan-rakan Datuk Khalid.
Dalam sesi itu, Siti diajukan soalan daripada tetamu tentang apakah nama tiga orang bekas kekasih suami sebelum kedua-duanya mendirikan rumah tangga.
“Berikan nama 3 bekas kekasih Datuk K” soal individu itu.
@sitinurhalizafan Lucu Soalan Yang Diberikan Membuatkan DS Siti Nurhaliza Gagal Tahan Ketawa 😅
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Sempoi jawapan Siti Nurhaliza
Tampil bersahaja dan santai, Siti menjawab soalan tersebut dengan penuh ramah dan berseloroh.
Ohh Encik Azmi tahu, kerana Encik Azmi memang penyimpan mohor besar. Okay, ini tak payah la eyy tak payah la jawab.
Meskipun tiada jawapan rasmi, rasanya lebih baik tidak dijawab kerana sesuatu perkara itu ‘Biarlah Rahsia..’
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://beautifulnara.com/
Leave a Reply