Hampir 18 tahun berkhidmat, Cikgu Fadli umum bersara sebagai guru, Buat Keputusan Kerana Sayang Dan Hormat KPM

Pendidik dan juga aktivis sosial, Cikgu Fadli umum bersara daripada kerjayanya sebagai seorang guru matematik apabila memuat naik perkongsian memaklumkan pengunduran tersebut.

Setiap yang bermula pasti berakhir

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Cikgu Fadli iaitu Mohd Fadli Salleh, dia telah mengucapkan terima kasih kepada setiap memori yang dilalui sepanjang bergelar seorang pendidik di beberapa buah sekolah sejak pertama kali ditugaskan mengajar.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa.
Izinkan daku mengundur diri, ” tulisnya.

Cikgu Fadli umum bersara, ucap terima kasih kepada semua kenangan

Dia yang memulakan perkhidmatan pada 6 Januari 2006 di Sekolah Kebangsaan Mambang, Pekan Pahang telah menamatkan tugasannya di Sekolah Kebangsaan 1 Gombak Selangor pada Februari 2024 selepas 18 tahun berbakti sebagai guru.

Dalam perkongsian terbabit, dia juga menyertakan beberapa gambar kenangan bersama rakan sejawat dan anak-anak murid sepanjang tempoh waktu bertugas di beberapa buah sekolah.

“3 Januari 2006. Melapor diri di Sk, Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di Sk Taman Melawati 2.
“Oktober 2016 – Februari 2023. Sk 1 Gombak pula terima diri ini.” ujarnya.

 Cikgu Fadli umum bersara

Cikgu Fadli umum bersara, ramai doakan semoga maju jaya

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Fadli serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan di masa hadapan.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada cikgu terbabit kerana beberapa kali berani menyuarakan sesetengah isu terutamanya dalam bidang pendidikan.

 Cikgu Fadli umum bersara

Semoga urusan dipermudahkan

 Cikgu Fadli umum bersara

Orang hebat campak ke mana pun akan jadi gunung & pulau

 Cikgu Fadli umum bersara

Sebelum ini, kisah Cikgu Fadli pernah tular apabila mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi serta tidak sesuai menerusi satu hantaran di media sosial pada 2022.

Walau bagaimanapun, Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah mengesahkan bahawa Cikgu Mohd Fadli Salleh  tidak bersalah atas 3 pertuduhan melibatkan kelantangannya bersuara mengenai silibus pembelajaran.

Apa-apa pun, semoga maju jaya buat Cikgu Fadli dan terima kasih kerana memberi sumbangan kepada anak bangsa kita!

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*