Baru Kahwin 8 Bulan, Ibu Hamil Dicerai Sebab Mentua ‘Kaki Control’ Hidup Suami

 

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang wanita bergelar isteri apabila diceraikan si suami tatkala dirinya sedang berbadan dua.

Wanita yang dikenali sebagai Ina meluahkan pengalaman hidupnya yang diceraikan selepas 8 bulan mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dikenalinya selama 10 tahun. Lebih perit apabila perkahwinan tersebut musnah dek kerana ‘orang ketiga’ yang merupakan ahli keluarganya sendiri. Orang ketiga yang dimaksudkan adalah ibu mentuanya yang seringkali campur tangan urusan rumah tangganya dengan suami.

Dicerai ketika hamil

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Ina berada di hospital untuk pemeriksaan kandungannya tetapi sayangnya, dia terpaksa melalui seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi.

Dakwa Ina, suaminya itu bukan sahaja tidak melawatnya di hospital malah sama sekali tidak menghantar pesanan WhatsaApp bertanyakan keadaannya pada ketika itu.

Susulan apa yang menimpa dirinya, Ina berharap agar bayi dalam kandungannya terus kuat dan membesar dengan sihat. Dia juga berharap dirinya diberi kekuatan untuk menempuhi kehidupan bersama anaknya pada masa akan datang.

Video;

@dsmpermata

Kenal 10 tahun, nikah 8 bulan, cerai karena orang ketiga, orang ketiganya keluarga suami sendiri🫠🙂 bismilah aku ikhlaskan semuanya jangan pernah hadir lagi dikehidupan saya dan anak saya kelak nanti. Carilah wanita sempurna menurut ibumu😌 #kehidupanrumahtangga #perceraian #fyp #rumahtangga #nikahmuda #foryoupagee #viral

♬ suara asli – Naga Sepuloh 🦕 – Naga Sepuloh 🦕

Sumber: TikTok Dsmpermata

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*