BALU kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah enggan melayan kenyataan yang dikeluarkan pelawak Ali Puteh mengenai bayaran faraid yang didakwa telah selesai dibayar.
Hidayah, 32, berkata dia menerima pelbagai pertanyaan daripada netizen berhubung kenyataan berkenaan namun memilih untuk mendiamkan diri.
Hidayah pilih kunci mulut dari berbalas kenyataan dengan Ali.
Malah dia memuat naik kembali temu bualnya menerusi program Melodi sebelum ini yang ditemani peguam bagi menjelaskan hutang di antara dia dan Ali.
“Ramai yang tag saya jadi dengar sampai habis ya.
Netizen ternanti-nanti kenyataan Hidayah.
“Malas nak layan hadamkan apa peguam saya beritahu okay!,” katanya.
Hidayah berkongsi perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya.
Bagaimanapun, segelintir netizen masih tidak berpuas hati dengan respons Hidayah sebaliknya mempersoalkan penolakkan dirinya mengenai bayaran ansuran yang mahu dilakukan oleh Ali.
“Dengar Ali cakap nak bayar RM20,000 lebih dan bayar bulan-bulan pun tak nak. Nak hantar surat ke peguam sana tapi tak ada balas.
“Orang bukan kaya ada duit sekelpuk, apa yang bagi terima dulu dan bulan-bulan bayar macam biasa,” soal netizen.
Namun Hidayah dengan tenang menjelaskan pihaknya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Ali.
“Peguam saya dah nyatakan di situ tiada maklum balas dari pihak sana. Sila dengar jelas apa peguam saya nyatakan,” ujarnya.
Kemelut Hidayah dan Ali masih berpanjangan sejak 2020 lagi.
Sebelum in, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, meminta supaya bekas kakak iparnya itu tampil menjelaskan secara terperinci mengenai pembahagian harta milik arwah Abam yang diterima bagi membersihkan namanya.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply