Gadis Putuskan Hubungan, Ibu Teman Lelaki Mar4h Selalu Buat K0nten

Tular sebuah video memaparkan seorang gadis putuskan hubungan dengan pasangan dipercayai kerana dimarahi oleh ibu teman lelakinya.

Menerusi akaun @bckupacc99, memuat naik semula video itu di X memperlihatkan gadis tersebut meminta kebenaran wanita berkenaan untuk merakam kandungan atau konten.

Namun begitu, permintaan itu dibalas dengan teguran daripada ibu teman lelaki yang seolah-olah menyifatkan gadis tersebut terlalu menonjol di media sosial.

“Kamu ni, tak habis-habis dengan content. Expose sana, expose sini, kenapa eh? Kata ada latar belakang sekolah agama, buat bisnes memang kena menunjuk-nunjuk ke?” kata ibu teman lelakinya.

Difahamkan, wanita itu kurang setuju jika anak lelakinya mempunyai pasangan yang menggunakan media sosial secara berlebihan selain menyatakan rasa tidak suka kepada gadis terbabit.

“Alif tu anak tunggal mak cik, anak harapan mak cik dan mak cik tak suka bakal isteri dia yang jenis bersosial media. Mak cik tak suka kamu, lepastu tak tahu kerja apa.

“Alif memang dia ada gaji, memang dia berpelajaran,” ujar wanita berkenaan.

Disebabkan itu, gadis tersebut memutuskan hubungan dengan teman lelaki dipercayai atas kata-kata yang dilontarkan oleh ibu kekasihnya.

Gadis putuskan hubungan, ibu teman lelaki mar4h buat konten.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan ibu teman lelaki gadis terbabit kerana bagi mereka, tidak semua benda perlu dikongsi di media sosial.

Jumpa bakal mertua tapi masih fikir nak jadikan konten…

Tak kisahlah situasi ni benar-benar berlaku atau sebaliknya, hal peribadi tak sepatutnya dijadikan konten semata-mata untuk menaikkan jumlah tontonan.

Sumber: X @bckupacc99

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber;https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*