Tindakan seorang penjawat awam yang berkongsi video dirinya melakukan aktiviti hiburan ketika sedang berehat selama 3 jam membawa padah apabila teruk dikecam netizen.
“POV: Anda pergi berkaraoke setiap hari Jumaat sebab lunch break kita 3 jam,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Lebih mengejutkan lagi, menerusi ruangan komen video itu, wanita itu turut membongkarkan dirinya menggunakan ‘orang dalam’ untuk mendapatkan pekerjaan tersebut setelah disoal oleh salah seorang netizen.
Bangga kerja kerajaan sebab ada orang dalam
“Awak company apa? Bestnya solat jumaat boleh lama pergi break.
“Office government, setiap kali rehat lepak mall sebelah.
“Macam mana nak apply kerja situ?
“Saya sebab ada orang dalam,” balasnya bangga.
Macam mana nak dapat kerja kerajaan? Macam ni ha cara dia. pic.twitter.com/PP869on1qy
— Izwan Izzat (@heyizwanizzat_) January 23, 2024
Bijak sangat beritahu orang luar!
Dalam pada itu, berdasarkan beberapa tangkap layar video yang sempat dimuat naik oleh seorang pengguna di platform X, ruangan komen dihujani oleh netizen yang rata-rata melabel tindakan yang dilakukan wanita tersebut seperti kurang berakal dan memalukan penjawat awam.
“Contoh manusia kurang berakal pergi buka aib sendiri di social media. Memalukan warga penjawat awam. Disebabkan dia ni nanti waktu rehat kena rombak.
“Dah la masuk MyStep pun pakai cable, rehat bantai 3 jam, pergi bangga pulak cerita level bodoh budak ni kan,” sindir salah seorang netizen.
Sumber: X heyizwanizzat_
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan di platform X.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: Gempak
Leave a Reply