PIHAK pengurusan stesen radio Suria FM tampil memberi penjelasan berhubung penamatan kontrak Tyzo selepas seminggu ia berkuat kuasa.
Menurut Pengerusi Kumpulan Star Media Radio, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, keputusan tersebut dibuat selepas menilai dua aspek utama iaitu dari segi jumlah pendengar dan juga kewangan syarikat.
Suria Petang tidak mencatatkan jumlah pendengar tinggi dan menunjukkan penurunan.
Menurutnya, segmen kendalian Tyzo sebelum ini iaitu Suria Petang tidak mencatatkan jumlah pendengar tinggi dan menunjukkan penurunan.
Justeru penamatan kontrak Tyzo juga bersempena pembaharuan yang dibuat untuk memantapkan lagi Suria bagi tahun 2024 ini.
Sidang media diadakan di Menara Star, Petaling Jaya pada petang Jumaat.
Selain itu, Tyzo juga menolak kontrak setahun yang ditawarkan kepadanya sebaliknya memilih untuk ia disambung selama enam bulan selepas dia memenangi anugerah Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu.
“Selepas ambil kira semua aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan dengan Suria. Keputusan ini saya buat dan arah telah diberikan kepada pengurusan.
“Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu juga tidak membantu menaikkan jumlah pendengar. Malah segmen lain lain lagi tinggi jumlah pendengar.
“Keputusan ini bukan bukan atas dasar peribadi,” katanya.
Aminuddin berkata demikian ketika majlis sidang media memperkenalkan penyampai baharu dan seleksi program menarik Suria FM 2024 yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Tambahnya lagi kontrak Tyzo yang tamat Oktober tahun lalu telah disambung bagi tempoh enam bulan sehingga Mac 2024.
Bagaimanapun pihaknya meminta Tyzo untuk tamat bersiaran segera memandang ia lebih sesuai dengan perancangan program tahun ini.
“Kami tawarkan kontrak baru buat Tyzo namun dia hanya minta untuk enam bulan sahaja. Memandangkan banyak programbaru tahun ini jadi saya rasa lebih baik dia tamat bersiaran segara.
“Pihak kami masih membayar gaji Tyzo sehingga Mac nanti. Penyampai baharu dimasukkan awal sempena dengan program survey yang akan berlangsung Februari,” ujarnya.
Tyzo tidak lagi berkhidmat sebagai penyampai radio Suria FM.
Dalam masa sama Aminuddin turut mengulas tentang isu penamatan kontark Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.
“Video kononnya Tyzo kata dia dianiaya menjadi tular. Ramai yang simpati kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.
“Ramai yang kec4m dan menuduh. Semua kec4m DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah m4ngsa.
“Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitnah,” tegasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply