Pada Ahad lalu, pempengaruh media sosial, Elcah selamat melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.
Terbaharu, pasangan ini telah mencuri perhatian netizen apabila ada individu mendakwa suami Elcah seorang ‘scammer’.
‘Kena palau’
Menerusi beberapa ciapan di platform X, individu yang dikenali sebagai Qila meluahkan rasa geram apabila Afi tidak memulangkan duitnya sejak Februari tahun lalu.
Menurut Qila, dia sudah mengumpulkan segala bukti dan menghantar mesej secara peribadi ke akaun media sosial Afi dan Elcah, namun tidak dilayan.
Apa yang membuatkan Qila bertambah marah apabila mereka menunjukkan kekayaan di sosial media dengan membeli kereta bernilai RM500,000, namun tidak mampu untuk membayar duitnya yang hanya berjumlah RM500.
Afi dan Elcah kahwin semua orang doakan yang bukan bukan memang padan muka siapa suruh scam duit orang. Tengokla perkahwinan ini bertahan berapa lama pula.
Ini bukti tau saya dah mesej dia baik- baik siap screenshot resit semua sekali, dekat semua channel dah mesej tapi macam biasala mesti la kena palau.
RM500 je padahal, beli kereta rm500,000 boleh takkan nak bayar 0.1% pun tak boleh?!? Kata banyak duit sangat kan?!? Tunjuk sana sini? Aku tak faham betul la orang mcm ini.
Ini la nama program itu ‘Rythm Asia’. Untuk pengetahuan semua, refund tiket semua saya dah buat tapi masih senyap.
Ticket2u pula pergi bayar semua dekat dia, konon dia akan proses bayaran balik dari dia tiada ye, sehingga sekarang tiada dapat apa-apa maklum balas.
Tengok dari Februari 2023, dah nak setahun kami macam orang b*doh minta duit sendiri.
Dalam pada itu, Qila juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa orang yang mengalami nasib yang sama sepertinya.
Tambahnya lagi, mereka semua sudah mengumpulkan bukti dan membuat laporan polis, namun masih tiada apa-apa tindakan yang diambil daripada syarikat Afi.
Korang akak ini kena lagi teruk, dah spam banyak kali pun dia buat b*doh eh?!? Jangan la percaya konon “pengantin paling istimewa sebab bagi kereta Mercedes sebagai mas kahwin”.
Punya la ramai orang yang dia berhutang, langsung tak rasa bersalah eh. Tunjuk-tunjuk dekat sosial media.
Bukti dah kumpul, semua jenis laporan dah buat tapi masih takde apa apa tindakan dari afi xx holding
Komen netizen
Berdasarkan pemerhatian admin! ramai lagi yang mempunyai nasib yang sama seperti Qila, malah ada juga yang sudah pergi jumpa Afi sendiri, namun masih tidak mendapat duitnya semula.
Afi & elcah kahwin semua org doakan yg bukan bukan mmg padan la muka siapa suruh scam duit orang.
Tengokla perkahwinan ni bertahan bape lama pula 🤭🤭🤭
— qila 🏴 (@aqilah4lim) January 16, 2024
Sumber: X
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Oh bulan
Leave a Reply