Fathia Latiff Bikin Pan4s Lagi! D4kwa Suami Heliza Helmi G4gal Siapkan Rumah, Dah 5 Tahun Terpaksa Bayar Ansuran

BELUM reda perselisihan faham dengan beberapa rakan artis, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencipta kontroveri apabila menuduh suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Datuk Seri Mahazi Zaman sebagai penipu.

Kata Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mendakwa dia berasa tertipu selepas syarikat milik Mahadi gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Fathia dakwa syarikat milik Mahadi menipu dalam pembelian rumah.

Malah Fathia mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis yang dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang.

fathia 2

Fathia meluahkan rasa kecewa kerana ditipu.

“Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga saya mahu buat tuntutan lain.

“Dah lima tahun saya bayar RM2,000 setiap bulan,” katanya.

Fathia berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dia kini yang sedang bercuti di Osaka, Jepun juga menegaskan enggan mahu pulang selagi belum mendapatkan sebarang jawapan dari pihak berkenaan.

“Saya nak duduk sini (Jepun) terus dan tak mahu balik. Kalau ada rumah baru saya balik.

“Saya tidak mahu lawan kes ini. Saya hanya mahukan rumah saya.

fatiya1 - 1

Nama Fathia kini menjadi bualan susulan pendedahan yang dibuat.

“Mereka telah langgar konrak. Janji nak siap tahun 2022, kemudian sekali lagi berkata begitu pada 2023 namun sehingga sekarang rumah itu masih belum siap,” katanya membuat tuduhan itu.

Fathia juga mendakwa perbincangan telah dilakukan dengan pihak berkenaan beberapa kali namun jawapan yang diterima masih sama.

Sejak seminggu lalu nama Fathia menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di sosial media yang mengundang kontroversi.

Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut mendedahkan keburvkan Zarina Anjoulie di laman sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*