Linda Onn ‘Spill The Tea’, Terima Nasib Sama Dengan Tyzo Xander? – ‘Nasib Kita Di Hujvng Dakwat Pen’

 

Bekas penyampai radio dan pengacara Linda Onn berasa simpati dengan nasib yang menimpa Tyzo Xander apabila khidmatnya ditamatkan serta merta sebagai penyampai di stesen radio Suria FM pada Jumaat lalu.

Nasib sama dengan Tyzo?

Menerusi hantaran di Facebook, Linda berkongsi pengalamannya ketika menjadi penyampai di Suria FM suatu ketika dahulu sewaktu stesen tersebut masih belum dikenali orang ramai.

Malah, dia berbangga apabila berjaya menaikkan ‘rating’ stesen tersebut bersama beberapa rakan penyampai seperti Halim Othman.

Linda Onn akui seronok kerja di Suria FM

Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka. Sebenarnya seronok kerja dekat Suria ni dulu. Seronok sebab strategi kumpulan kami berjaya naikkan rating Suria FM.

Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tandatangan kontrak dapat tahu pendengar 700 ribu sahaja. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta juta.

Time tu suruh pendengar call, phone tak berbunyi. Tapi berkat usaha gigih team, ada Halim Othman, ada Kudsia, ada Adi, ada kak Adibah Noor, alhamdulillah lepas itu dapat lebih 3 juta pendengar.

Terus pendengar mengetahui kewujudan Suria FM. Baru sebut topik, line phone menyala non stop! Penangan kita orang dulu.

Bagaimanapun kata Linda, selepas dia berjaya menarik pendengar ke stesen radio berkenaan, usahanya bagai tidak dipandang, malah kontraknya tidak disambung dan ditamatakan secara tiba-tiba.

Tapi kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pulak. Padahal tengah rancak, show kita paling high rating.

Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tak disambung. Hari itu patutnya interview Dayang untuk siaran Sabtu. Dayang dah sampai. Baru nak masuk studio, bos panggi beritahu kontrak tak sambung.

Jadi, bila dapat tahu kontrak tak sambung, tergendala semuanya. Otak jammed, Dayang entah kemana, fikiranku entah kemana.

“Tengah sedap dapat rezeki, layan pendengar, seronok dengan pekerjaan, tup tup (tiba-tiba) esok kontrak tamat. sabar je lah.

Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang Indah tapi segalanya bergantung kepada ‘kontrak sambung ke tak’, walaupun menang ABPBH 7 kali sekalipun. Tak membantu ya. Sekian pengalaman daripada saya.

Terdahulu, Tyzo memberitahu ketiadaannya di Suria FM bukanlah keputusan serta kehendak yang dibuatnya sendiri. Sebaliknya mendakwa telah dianiaya oleh seseorang.

Sumber: Facebook

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*