Aktivis dan personaliti media sosial Farah Lee memaklumkan dia sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli memberitahu dia sudah mendirikan rumah tangga dengan individu dikenali sebagai Fuad pada Jumaat lalu. Farah juga tidak menyatakan secara lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.
Kahwin lagi sekali
Okay done kahwin lagi sekali, 5 Januari 2024.
Farah yang memakai busana serba hitam itu turut meletakkan tanda pagar #goodluck Fuad bagi memberi gambaran untuk suaminya itu bersedia melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.
VIDEO;
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Farah dan suami.
“Masya Allah tahniah Farah. Saya gembira untuk awak dan Maryam (anak).
“Random sangat tiba-tiba dah kahwin. Tahniah Farah,” tulis netizen.
Sumber: Farah Lee
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Oh bulan
Leave a Reply