IBU kepada penyanyi Khai Bahar men!nggal dunia pada malam Selasa.
Berita berkenaan disampaikan oleh pengurusnya iaitu Jai menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Ibu Khai Bahar menghembuskan nafas terakhir pada malam Selasa.
Jai memaklumkan ibu penyanyi berkenaan iaitu Rosnah Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir di Kangar, Perlis.
Khai yang sedang bercuti di sebuah pulau bergegas pulang ke kampung.
Sementara itu, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, yang sedang bercuti sempat memuat naik video di Insta Story menunjukkan dia sedang menaiki sebuah bot dipercayai untuk pulang ke kampung halamannya.
Menerusi video itu, Khai dilihat menangis tanpa mampu berkata apa-apa selain men!nggalkan kapsyen ‘mak’ pada video tersebut.
Sebelum ini, Khai pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan Allahyarham yang menderita penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.
Sejak setahun lalu, Khai banyak menghabiskan masa di kampung bagi menjaga ibunya jika tiada sebarang komitmen berkaitan karier seninya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply