Suami buat kejutan hantar 2 buah trak kuda di New Zealand, net!zen cembvru Intan Najuwa dilayan bak puteri raja

DEMI membahagiakan isteri tersayang, suami pelakon Datin Intan Najuwa menyewa dua trak dipenuhi kuda ke sebuah lokasi tepi pantai di New Zealand.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata, kuda berkenaan berkenaan dibawa ke tepi pantai bagi membolehkan mereka menunggang selain bermain polo di tepi pantai.

Suami bawa dua trak kuda untuk Intan ketika bercuti di New Zealand.

Kata Najuwa dia teruja dengan percutian yang dirancang suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang penuh dengan kejutan.

“Suami saya membawa dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai.

intan 2

Suami Intan membawa kuda-kuda berkenaan bagi membolehkan ia ditunggang di pesisiran pantai di New Zealand.

“Perkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok,” katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya yang turut memaparkan dirinya menunggang kuda di persisiran pantai tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan kehidupan baharu yang dimiliki oleh Intan.

Malah mereka juga menganggap Intan dilayan seperti puteri raja oleh suaminya.

“Impian setiap wanita, betul duit boleh beli kebahagiaan.

“Doa apa ya nak guna untuk dapatkan hidup macam ini?

“Bestnya kaya unlimited. Memang kena gunakan dengan sebetulnya,” antara komen netizen.

VIDEO;

@intannajuwaaa

My husband got us 2 trucks of horses just for ride & play polo by the beach. This is insane but amazing. I had a lot fun! 😂💘

♬ Night Trouble – Petit Biscuit

Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepadaAzraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.

Pada majlis tersebut, Azraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*