Tenangnya orang Kelantan hadap banjir… Ramai kagum wanita ini ‘berdamai dengan t4kdir’, sikit pun tak mervngut

SETIAP kali tibanya bulan Disember, masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur pastinya akan bersiap sedia untuk menghadapi bencana banjir.

Bagai dijangka, bencana yang dianggap seperti acara wajib tahunan itu sekali lagi melanda pada Selasa, mengakibatkan ribuan penduduk di Pahang, Kelantan dan Terengganu terjejas.

Menjengah ke media sosial, m4ngsa banjir di negeri terlibat turut berkongsi pelbagai video yang memaparkan paras air serta kerosakan yang berlaku di kawasan mereka.

Seorang makcik yang kelihatan tenang ketika meredah banjir menerima pujian warga maya.

rumah banjir

Keadaan di dalam rumah wanita berkenaan.

Namun, sebuah video melibatkan seorang wanita yang sedang mengharungi air banjir di Kelantan paling mencuri tumpuan sehingga menjadi topik perbualan netizen di laman TikTok.

Meskipun dilanda musibah, wanita yang sudah berusia itu dilihat tenang mengharungi air pada paras dada di kawasan kampungnya, malah dia juga kedengaran sedang ketawa ketika dirakam.

“Tarikh 26.12.2023. Akhirnya kena juga… dia (banjir) datang dengan tak sedar. Tapi Alhamdulillah la, setakat ini pun dah tak apa.

Inilah orang ada iman… bukan (asyik) salahkan kerajaan.

NETIZEN

“Nak buat macam mana? Mari, mari… mari nak berenang ni,” ujar wanita itu riang sambil berjalan mengharungi air di kawasan rumahnya.

Video yang dikongsi Ida Kamaruzaman itu hingga kini meraih lebih 117,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji wanita itu yang masih tenang dan sabar meskipun kawasan kampungnya ditenggelami banjir.

“Kita dengar daripada mulut dia tenang je. Tapi kita tak tahu apa perasaan dia apabila tengok rumah tenggelam air. Hebat makcik ni tabah, berkata-kata dengan gelak ketawa.

“MasyaAllah, saya kagum dengan orang Kelantan. Reda dengan ujian Allah. Ujian demi ujian tetap senyum.

“Walaupun dalam keadaan sedih tapi masih bersyukur makcik ni. Semoga dipermudahkan,” tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Families at Kampung Talak in Tumpat, Kelantan being evacuated by boat as flood waters rise in their area.

Banjir hujung tahun di Pantai Timur merupakan satu perkara biasa bagi masyarakat di sana. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, netizen di TikTok turut membuat perbandingan antara sikap wanita itu dengan sebilangan individu yang menyalahkan kerajaan negeri Kelantan atas bencana yang menimpa.

“Reda sebab memang rutin hujung tahun. Siapa perintah kerajaan mana pun memang tak boleh lawan takdir Allah. Sabar semua warga Pantai Timur.

“Inilah orang ada iman. Bukan (asyik) salahkan kerajaan. Tukar kerajaan pun banjir juga sebab setiap hujung tahun akan hujan.

VIDEO;

@idakamaruzaman

Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir.. #banjir #kelantan #pantaitimur #banjir2023

♬ هذا غولومكان – Adalea Turaja

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*