“Dia Bayar RM13,200 Secara Online” – Dit!pu Pakej Perkahwinan, Pengantin Rupanya Tak Pernah Berjumpa Katerer

Baru-baru ini, tular di TikTok perkongsian seorang lelaki menceritakan tentang adik perempuannya ditipu pihak katerer yang tidak hadir ke majlis perkahwinannya.

Susulan itu, keluarga pihak perempuan terpaksa memasak sendiri dan menyediakan juadah dalam skala besar untuk para tetamu yang hadir.

Isu itu meraih perhatian ramai warganet apatah lagi isu pengantin ditipu katerer kerap kali berlaku dan ia merupakan kerugian besar buat mereka yang dianiaya itu.

VIDEO;

@najmudin.shukor

Sebak. Sebab semua tak jangka kita bole handle. #abangsoya

♬ original sound – ABANG SOYAAA – ABANG SOYAAA

Selepas laporan dibuat dan hasil siasatan awal mendapati m4ngsa iaitu pengantin perempuan berusia 26 tahun itu tidak pernah berjumpa dengan pihak katerer tersebur.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, m4ngsa langsung tidak pernah bersemuka dan hanyalah berurusan dalam talian pada 3 April yang lalu.

m4ngsa kemudian terus membuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian kepada seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam berjumlah RM2,780.

m4ngsa kemudian membuat pembayaran kedua pada 17 Jun sebanyak RM5,554 dan kemudian bayaran kali kali ketiga berjumlah RM4,954 pada 30 Ogos lalu. Secara keseluruhan, m4ngsa membuat pembayaran berjumlah RM13,200 secara dalam talian dan pembayaran dibuat atas nama syarikat.

katerer

Bayaran tersebut adalah untuk majlis kenduri yang diadakan pada Ahad yang lalu (24 Disember) namun katerer tidak hadir dan m4ngsa membuat laporan mendakwa tidak menerima pakej yang dijanjikan.

Siasatan turut mendapat m4ngsa terpedaya selepas terjumpa pakej perkahwinan di laman sosial Facebook selepas hanya berurusan secara dalam talian sahaja.

Polis sedang mendapatkan maklumat tentang syarikat katering itu dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mengesan nombor akaun bank yang digunakan selain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS).

SUMBER : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*