Sudahlah kereta tenggelam banjir, bawa motor kemal4ngan pula… Siti Jamumall p4tah jari, luk4 tervk pada b4dan

PERSONALITI media sosial Siti Jamumall berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor pada malam Ahad.

Menurut abangnya iaitu Nizam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34, kemalangan itu dipercayai berpunca kegagalan sistem brek pada kenderaan berkenaan.

Kata Nizam, Siti yang menunggang sendirian meminjam motosikal daripada pembantu peribadinya (PA) disebabkan kereta miliknya ditenggelami air banjir baru-baru ini.

siti2 - 1

Siti kini dirawat di hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

“Kemalangan berlaku pada Ahad lalu sekitar pukul 8 malam. Ketika itu dia menunggang motosikal milik PA dia dan motosikal itu rupanya mempunyai masalah brek.

“Kemudian dia berlanggar dengan pembahagi jalan dan tercampak ke jalan raya. Dia berguling dan motosikal itu menghempap dirinya,” katanya.

Cerita Nizam lagi, adiknya itu terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Lebih mencemaskan apabila pada awalnya ada ambulans milik hospital swasta enggan membawa mangsa ke hospital selepas melihat keadaannya agak tervk.

“Mula-mula ambulan daripada hospital swasta sampai tetapi mereka tidak berani bawa Siti kerana tahap keadaannya ketika itu dilihat agak tervk.

“Selepas itu ambulan daripada Hospital Shah Alam sampai dan terus membawa Siti ke hospital, sampai di sana lebih kurang dua jam juga kami tunggu untuk dapatkan rawatan.

MOHD KHAIRUL NIZAM WAHIDDIN

ABANG SITI JAMUMALL

“Sehinggalah kami telefon hospital swasta yang lain dan Alhamdulillah mereka dapat memindahkan Siti ke hospital berkenaan,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Nizam meluahkan rasa syukur apabila melihat keadaan Siti yang semakin baik.

Kata Nizam, kemalangan itu menyebabkan jari Siti patah dan mengalami luka-luka dibahagian badan yang lain.

“Selepas kemalangan tersebut, jari Siti patah dan dia mengalami luka-luka dibahagian kaki, belakang badan dan paling tervk di bahagian muka. Mujur dia pakai topi keledar, kalau tidak mungkin lebih tervk.

“Sepatutnya doktor mahu memasukkan dawai untuk merawat jarinya yang patah itu tetapi buat masa ini prosedur itu belum boleh dilakukan dan jari Siti hanya disimen.

siti3 - 1

Keadaan Siti kini bertambah baik.

“Alhamdulillah masuk hari ketiga ini keadaan Siti kini lebih baik. Dia sudah boleh duduk, kalau tidak sebelum ini dia langsung tidak boleh duduk,” katanya.

Pada Isnin, Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, berkongsi sebuah hantaran di Facebook miliknya memaklumkan dia mengalami kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian itu, Siti turut memuat naik foto dirinya yang terlantar di katil hospital dengan beberapa luka di bahagian wajah.

Siti mengalami kecederaan tervk pada wajah dan badannya.

@sitijamumall

terima kasih yg mendoakan siti ❤️

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*