Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi baru-baru ini mendedahkan isterinya, Athira Yuhada merupakan ‘cinta pertamanya’ dari zaman sekolah.
Difahamkan, mereka dah berkenalan sejak usia 15 tahun dan Athira menerima segala kekurangan dirinya seadanya.
Terbaru, pelakon ini memuat naik video menunjukkan koleksi gambar mereka zaman dulu-dulu. Memang terbuktilah mereka ni memang ‘couple’ sehati sejiwa gitu!
Kitaorang mula berkenalan 2009, masa form 3. Sekejap je masa berlalu sekarang dah 2023. 14 tahun kitaorang kenal.
Antara gambar yang dikongsi adalah kenangan dari tahun 2009 sehinggalah mereka sah bernikah 14 tahun kemudian.
Jumaat lalu, Hafidz Roshdi dan Athira sah bernikah dalam majlis serba meriah yang diadakan di Shah Alam Selangor.
Pelakon ini menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta lima dulang hantaran dan dibalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.
VIDEO;
Kredit: Instagram Hafidz Roshdi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://ohmedia.my/
Leave a Reply