[VIDEO] Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Men4ngis Depan Kaabah – ‘Semoga Allah Memelihara Kita’

 

Pasangan pelakon Sabri Yunus dan isteri, Angeline Tan berangkat menunaikan umrah pada minggu lalu selepas hampir tiga bulan bergelar suami isteri.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sabri memuat naik video yang memaparkan isterinya sedang menadah tangan memohon doa di hadapan Kaabah.

Air mata di Tanah Suci

Angeline Tan yang pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah kelihatan sebak serta air matanya bergenang ketika memanjatkan doa.

Air matamu air mataku jua. Semoga Allah memelihara kita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa syukur kerana pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dipilih menjadi tetamu Allah.

Dalam pada itu, mereka juga turut mendoakan agar urusan ibadah pasangan selebriti tersebut dipermudahkan.

Syukur padamu Ya Allah, semoga Allah merahmati dan memberkati mereka semua. Amin.

Allahuakbar, hebatnya percaturan Allah, di akhir usia Allah bukakan pintu hatinya.

Syukur Ya Allah. Kau berkatilah kedua-dua insan yang sangat aku sanjungi ini. Kau permudahkanlah semua urusan mereka berdua Ya Allah.

Komen netizen:

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya men!nggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

VIDEO;

@sabriiyunus

♬ original sound – Sabri Yunus – Sabri Yunus

Sumber: TikTok Sabri Yunus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*