‘Maaf, suami saya memang panas b4ran’ – Isteri akui suaminya pant4ng dengar penunggang ramp motosikal

Isteri kepada pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kem4tian pelajar tingkatan lima SMK Jati, tampil memohon maaf bagi pihak suaminya.

Wanita berkenaan yang juga guru di SMK Jati berkata, suaminya pantang mendengar penunggang motosikal membuat bising.

“Maaf, minta maaf. Suami saya memang panas baran. Tak boleh dengar orang rem (ekzos) motor,” katanya seperti yang diceritakan semula oleh kakak mangsa, Nur Zawanie Muhd Zamrie.

Menurutnya pada waktu kejadian, isteri pegawai polis terbabit ada datang bertemu dengannya di tempat kejadian dan memohon maaf. Namun suaminya pula tidak berbuat demikian.

“Isteri dia ada berjumpa dengan saya, datang memohon maaf. Ini verbally, isteri dia cakap dekat saya.

“Semasa saya sampai, memang nampak pelakunya di situ. Dia tidak menawarkan apa-apa pertolongan, nak telefon ambulans ke, mohon maaf ke atau nak mengaku, tiada.

“Memang dekat situ ramai yang dengar, saya dan ayah dengar dan orang di situ pun dengar yang lelaki itu mengaku dia polis seperti yang ditularkan,” katanya.

Terdahulu, tular gambar laporan polis yang dibuat oleh pemandu Ativa yang menafikan dia sengaja mel@nggar m4ngsa. Malah, dia juga memberi bantuan awal kepada mangsa.

Namun terpaksa beredar selepas ada beberapa individu yang didakwa memarahi dan mahu memkulnya, sebelum tampil membuat laporan polis di balai.

Sumber: Kosmo! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*