Sekolah buat majlis graduasi di h0tel, mak ayah B40 ‘berkikis’ cari duit… Bekas AJK PIBG tegvr penganjur – “Pandang dengan mata hati”

BANYAK sekolah sudah mula menganjurkan pelbagai majlis untuk meraikan murid dan pelajar menjelang akhir tahun.

Mengikut trend, masing-masing tidak mahu ‘kalah’ untuk menganjurkan majlis graduasi atau sambutan akhir tahun persekolahan di hotel.

Nama pun hotel, jadi sejumlah bayaran perlu dikeluarkan oleh ibu bapa dan bagi yang kurang berkemampuan, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membuat kutipan sumbangan.

Ibu bapa bekerja keras demi membayar kos majlis graduasi anak. -Gambar hiasan Freepik / The Star

Menerusi satu perkongsian, sebuah sekolah dikatakan memohon sumbangan untuk menjayakan program akhir tahun membabitkan pelajar Tingkatan 5 di sebuah hotel.

Sejumlah bayaran perlu dikeluarkan ibu bapa untuk majlis graduan anak-anak. -Gambar hiasan

Surat itu menyatakan bahawa sumbangan itu untuk menampung kos perbelanjaan murid-murid daripada keluarga B40 dan kurang berkemampuan bagi acara selama dua hari itu.

“Pihak sekolah amat memerlukan sumbangan tunai berjumlah RM800 bagi menampung kos perbelanjaan murid-murid kurang berkemampuan dan B40 yang ingin turut serta dalam majlis meraikan tahun terakhir mereka sebelum men!nggalkan alam persekolahan,” ujarnya.

Menurut hantaran itu, dia bersimpati dengan ibu bapa yang kurang mampu tetapi mahu melihat anak-anak mereka menyertai majlis tamat darjah 6 dan tingkatan 5 di hotel.

Katanya jika tiada bajet untuk menanggung kos tersebut, ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) akan meminta sumbangan dan derma.

“Ibu bapa ‘berkikis’ cari duit nak penuhi impian ‘orang’ yang beria nak buat tu. Bukan sikit kosnya, selain kos hotel dan makanan, kadang ada tema yang wajib dipatuhi juga. Beratus juga nak membayarnya.

“Buatlah surat minta daripada surau atau orang perseorangan untuk menderma. Minta sana sikit, sini sikit untuk mencukupkan jumlahnya.

“Kemudian disuruhnya budak-budak sebarkan surat minta derma kepada ibu bapa yang gajinya sedikit besar. Alasannya nak bagi budak B40 merasa sama,” tulis Mohd Ezairol Rezan Zainol di Facebook.

Tular surat pihak sekolah memohon sumbangan untuk program akhir tahun di sebuah hotel.

Dia mempersoalkan kenapa masih perlu menganjurkan majlis di hotel sekiranya terdapat ibu bapa dan murid-murid yang tidak mampu.

“Mak ayah budak-budak tu bukannya cap duit. Kasihan kat orang yang kurang mampu. Ada sesetengah ibu bapa ‘berada’ kononnya beria-ria nak majlis graduasi ini dibuat di hotel.

“Bagi yang mampu tak ada masalah, boleh hadir. Tapi bagi yang tak mampu, murid-murid ni tak terasa kecewa ke? Ada murid yang ‘down’ sebab malu dengan kawan-kawannya.

“Takkan sebagai ibu bapa, kita nak biarkan saja anak kita tengok majlis tamat sekolah kawan-kawan mereka. Mestilah mereka sedih kan,” ujarnya.

Banyak sekolah menganjurkan majlis graduasi menjelang akhir tahun. -Gambar hiasan / Freepik

Sampai satu masa, bekas AJK PIBG di sebuah sekolah itu berkata, majlis tersebut lebih dianggap untuk golongan kaya sahaja.

“Keluarga yang tak mampu mungkin terpaksa juga cakap begini, Itu majlis untuk anak-anak orang kaya dik. Maafkan ibu dan ayah dik, ibu dan ayah tak mampu.

Adik belajar pandai-pandai. Bila dah berjaya nanti, adik jadi pengetua atau guru besar dan jangan buat macam tu. Kasihan orang macam kita yang tak mampu,” tulisnya.

Ada mak ayah berhempas pulas kerja semata-mata nak anaknya dapat hadir. Itu belum lagi sampai berhutang.

MOHD EZAIROL REZAN ZAINOL

Sesetengah pihak sekolah memaklumkan bahawa majlis yang diadakan di hotel mendapat persetujuan majoriti, sekali gus dia berpendapat pentingnya semua ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG.

“Masalahnya, keluarga yang kurang mampu lebih rela kerja daripada hadir meeting sebegini. Ada penjaga yang gaji hari, kais pagi makan pagi.

“Isu ketidakhadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG adalah satu perkara yang ada banyak sebab musababnya. Tak dinafikan ada ibu bapa yang malas ambil tahu hal sekolah anaknya.

“Tapi isu majlis graduasi di hotel ni isu kemanusiaan. Pandang dengan mata hati dan belas ihsan. Ada mak ayah sampai berhempas pulas kerja semata-mata nak anaknya dapat hadir. Itu belum lagi sampai berhutang,” katanya.

Sebelum ini tular surat mengenai yuran untuk menampung kos majlis graduasi.

Memberi peringatan kepada Yang dipertua PIBG, guru besar dan pengetua, katanya, duit PIBG merupakan sumbangan ibu bapa di sekolah dan segelintir persatuan itu didakwa menggunakannya atas nama majlis lain seperti ‘program kecemerlangan pelajar’.

“Adakah semua ibu bapa bersetuju dengan tindakan anda? Duit tersebut adalah amanah, yang digalas dan dipertanggungjawab di atas semua bahu AJK PIBG yang ada.

“Jangan sampai kita nanti disoal di akhirat sana kerana kita hanya diam atau mengiyakan saja perkara yang tidak sepatutnya.

“Jangan gunakan alasan tekanan daripada ‘ibu bapa berada’ atau murid-murid yang inginkannya, sedangkan kuasa untuk memutuskan majlis graduasi dibuat adalah berada di tangan anda berdua,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, katanya, bukan semua murid memahami situasi mahupun masalah kewangan yang dihadapi keluarga masing-masing.

“Yang mereka nampak ‘wow factor’ majlis graduasi dibuat di hotel-hotel terkemuka. Lebih baik majlis graduasi dibuat di dewan sekolah sahaja agar semua pelajar dari pelbagai latar belakang dapat hadir meraikannya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*