“Zayn Rayyan anak kandung saya” – Zaim Ikhwan jawab tudvhan hanya bapa tiri

KETIKA semua pihak masih bersedih dan buntu tentang motif pembvnuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, timbul pula cerita tidak baik berkaitan salasilah anak autism itu.

Di media sosial, netizen berteka-teki tentang identiti sebenar bapa kandung kanak-kanak malang itu berdasarkan maklumat peribadi yang ditularkan.

Zaim tampil menjawab spekulasi mengenai siapa bapa kandung Zayn Rayyan.

Enggan membiarkan perkara itu terus berlarutan, bapa kanak-kanak itu iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 28, akhirnya bersuara.

Ujar Zaim dia bukanlah bapa tiri kepada anak syurga berkenaan seperti yang didakwa banyak pihak.

Zaim bersama arwah Zayn Rayyan.

Sebaliknya tegas Zaim, Zayn Rayyan adalah anak kandungnya hasil perkongsian hidup dengan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 28.

“Arwah memang anak kandung saya. Dia tiada bapa tiri.

“Zayn Rayyan memang anak saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sebelum ini tular dakwaan kononnya Zaim bukanlah bapa kandung Zayn Rayyan hanya berdasarkan nama penuh kanak-kanak itu.

Namun Zaim berharap perkara itu tidak perlu dijadikan isu kerana dia dan isteri serta ahli keluarga yang lain masih bersedih dengan kehilangan Zayn Rayyan.

“Apa yang saya boleh cakap dia (Zayn) adalah anak kandung saya.

Arwah memang anak kandung saya… dia tiada bapa tiri.

ZAIM IKHWAN

BAPA

“Berkenaan isu yang saya ni adalah bapa tiri Zayn, ia tak tak benar,” tegasnya lagi.

Mengulas tentang kes, Zaim berkata dia sekeluarga berdoa dan terus berharap agar pihak polis dapat menjejaki pembvnuh anaknya dengan segera.

Pada Selasa malam, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa keluar dua kotak besar selepas selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Ahli keluarga Zayn Rayyan (depan, kanan).

Difahamkan ia berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembvnuhan kanak-kanak istimewa yang may4tnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartment itu pada 6 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan rumah ke rumah yang dibuat pada Selasa bertujuan untuk mengumpul bahan bukti yang boleh membantu siasatan kes.

Untuk rekod, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bnuh selepas bed4h siasat menemukan keced3raan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

May4t Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pukul 10 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*