Semestinya apabila pasangan yang baru sahaja berkahwin, perasaan cinta dan sayang semakin bertambah antara satu sama lain. Kalau boleh nak spend time bersama-sama tanpa mengira waktu.
Lain pula yang terjadi kepada satu pasangan dari Indonesia yang baru berkahwin ini apabila pengantin lelaki tersebut rupa-rupanya adalah seorang wanita. Penyamaran itu terbongkar selepas pengantin perempuan itu curiga kerana ‘suaminya’ tidak menyentuh dirinya selepas tiga hari berkahwin.
Minta kad pengenalan, tapi…
Pada mulanya ketua kampung Cianjur, Abdullah mendengar khabar berita mengenai seorang lelaki yang mahu meminang seorang wanita di kampungnya. Difahamkan, majlis perkahwinan itu bakal diadakan besar-besaran sehingga membuatkan ketua kampung itu berasa curiga.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan lelaki itu dan meminta kad pengenalan namun lelaki itu berdalih dan mengatakan kad pengenalannya telah diambil oleh ibunya yang tidak merestui perkahwinan mereka.
Disebabkan perkara itu, pihaknya menolak untuk memproses pernikahan itu walaupun lelaki itu ada menawarkan sejumlah wang demi mendapatkan kelulusan perkahwinan.
Tak dapat kelulusan tapi boleh kahwin?
Beberapa hari selepas itu, Abdullah mendengar khabar lain bahawa pasangan itu sudah bergelar suami isteri dan pernikahan itu dilaksanakan di rumah pengantin perempuan.
Pernikahan itu juga berlangsung dengan lancar dan pasangan pengantin mengenakan busana baju melayu dan baju kurung.
Namun, timbul pula isu lain apabila mengetahui lelaki itu meminjam wang daripada penduduk kampung itu untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi, berlaku pergaduhan sehingga lelaki itu dibawa ke pejabat daerah untuk menyemak identitinya.
Baru tahu pengantin tu ‘lelaki jadian’
Apabila disemak, rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang wanita asal Kalimantan. Dia memalsukan identitinya demi menikahi kekasihnya.
Abdullah berkata bukan pihaknya sahaja tertipu bahkan keluarga mempelai wanita juga tidak tahu identiti sebenar lelaki itu sebelum berkahwin.
Kejadian pernikahan ‘sejen!s’ ini berlaku di Cianjur, Indonesia
@infociranjang Cianjur Viral lagi, bagaimana menurut netizen ? Cianjur– Beredar video viral berdurasi 21 detik pasangan sesama jenis yang dinikahkan secara siri dengan dekorasi pesta pernikahan mewah layaknya pengantin pada umumnya. Dalam rekaman tersebut tampak salah satu pasangan AD yang diketahui berasal dari Kalimantan memakai peci berwarna hitam dan pakaian pengantin laki-laki tengah melakukan proses ijab kabul untuk menikahi CH (mempelai perempuan). Berdasarkan informasi yang dihimpun Peristiwa itu terjadi di Desa Pakuon, Kecamatan Sukaresmi pada 28 November 2023 lalu. Camat Sukaresmi, Latip Ridwan mengatakan, pernikahan sesama jenis itu baru terungkap beberapa hari setelah pernikahan warga dan pihak keluarga yang curiga akhirnya memastikan identitas dari AD. Setelah itu terungkap jika AD merupakan perempuan. “Gara-gara tidak pernah menunjukan identitasnya atau tanda pengenalnya jadi ketahuan kalau AD ini perempuan, bukan laki-laki,” kata Latif, Jum’at, (08/12/2023). Latif menambahkan, menurut informasi pasangan tersebut sudah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu dan berkenalan dari Facebook. Seiring berjalannya waktu, AD mampu meyakinkan orangtua CH untuk serius melangkah ke jenjang pernikahan. “Keluarga perempuannya benar-benar tidak tahu. Dia mengaku sebagai laki-laki, kemudian mengaku tidak punya identitas sehingga sulit ditelusuri. Pada akhirnya terjadilah pernikahan secara siri atau tidak tercatat negara,” kata dia. Baca berita lengkapnya di www.logikanews.co #cianjur #viral #sukaresmi #nikah #penikahansejenis #tertipu #infociranjang #beritanasional
♬ suara asli – INFOCIRANJANG CIANJUR – INFOCIRANJANG CIANJUR
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka terhenti di situ sahaja kerana pasangan itu sama jantina.
Fuh.. sanggup dia tipu identiti sebab nak kahwin dengan kekasih!
Sumber: Detik Jabar, tvonenews, infociranjang
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://lobakmerah.com/
Leave a Reply