Ibu terki!lan anak dem4m dilayan sambil lewa, doktor panggil ‘budak dua ekor’ – “Ingat aku lahirkan ber*k ke?”

SEORANG ibu terkilan apabila mendakwa menerima layanan buruk daripada seorang doktor di sebuah klinik kesihatan (KK) yang dikunjungi baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat oleh Fatin Nur Syafiqah di media sosial selepas membawa anaknya yang sakit bagi mendapatkan rawatan di sKK yang tidak dinyatakan lokasi.

Sebagaimana diceritakan, pegawai perubatan bertugas didakwa bersikap kurang profesional kerana tidak membuat sebarang pemeriksaan terhadap dua anaknya sudah demam selama tiga hari.

closeup of female doctor explain disease treatment solution for patient in clinic. selective focus photo.

Doktor bertanggungjawab merawat semua pesakit sebaiknya. -Gambar hiasan.

“Ceritanya macam ni… semalam (Rabu) bawa anak-anak tak sihat ke KK. Apabila giliran anak saya tiba, doktor tu tanya apa masalah (penyakit).

“Saya pun ceritalah sudah tiga hari tak sihat… demam panas. Dia angguk-angguk (tanda sedang mendengar) je tanpa buat semakan dekat pesakit.

“Tak sentuh langsung. Semak suhu badan pun tidak. Semak nadi dan jantung pun tak juga ye,” ujarnya yang kecewa dengan sikap doktor berkenaan.

Menurut Fatin, doktor tersebut bagaimanapun ada mengambil sampel darah anaknya.

Sewaktu mengambil darah, jururawat bertugas menegur suhu badan anaknya yang panas dan menggigil.

Kecewa dengan doktor yang dilihat bersikap sambil lewa, panggilan untuk kedua-dua anaknya juga menjadi pertikaian Fatin sebagai seorang ibu.

Biadab ye bahasa, bila nanti sudah kena viral mulalah cakap guraulah apa la.

NETIZEN

“Kita sebagai ibu mestilah risau. Budak seusia ni, apa mereka tahu. Nak cakap sakit pun tak reti lagi. Sudah siap semua, doktor suruh ambil ubat dekat dalam.

“Apa yang membuatkan hati saya tersentak, tiba-tiba dia cakap itu budak dua ekor ajak masuk sekali dalam sambil gelak-gelak ye semua.

“Persoalannya, adakah etika seorang doktor memang macam tu ye layan pesakit? Kita penat-penat beranak, dia boleh pula ‘berekor-ekorkan anak kita. Ingat aku beranak anak bervk ke apa?” ujar si ibu.

Komen netizen pada video.

Turut dimuat naik oleh Fatin adalah foto menunjukkan anaknya menangis kerana sedang sakit.

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang turut bersimpati dengan nasib wanita ini setelah dikongsikan di TikTok.

VIDEO: KLIK SINI

“Biadab ye bahasa, bila nanti sudah kena viral mulalah cakap guraulah apa la.

“Belajar tinggi-tinggi tapi adab tiada. Suka hati saja label anak kita ekor. Tak belajar ke?” komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*